Thursday, November 9, 2017

Acheh Trip #10 : Masjid Raya Baiturrahman vs Masjid Nabawi, Madinah

Salam. Dari Part 9. Ini adalah hari terakhir kami di Acheh sebelum pulang ke Malaysia. Rasa sedih pula nak tinggalkan bandar yang penuh bercirikan Islam ni. So, aktiviti kami di awal pagi adalah melawat Masjid Raya Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah kotaraya Acheh. Istimewanya masjid ni adalah keindahan senibinanya dikatakan seperti Masjid Nabawi di Madinah. Betul ke? Jom tengok..

Kami sampai di sini hujan turun renyai-renyai.

Actually masjid ni dalam proses renovation. Katanya Kerajaan Arab Saudi yang sponsor renovation masjid ni. Wow! Patutlah senibinanya tak lari jauh dari masjid-masjid di Arab Saudi.

Di hadapan masjid, tersergam indah pintu masuk yang diperbuat daripada besi terukir begitu indah.

Belum masuk lagi tapi dah rasa kagum melihat pintu masuk masjid ni.

Bahagian dalam masjid, SubhanaAllah memang cantik sangat-sangat. Serius tak rasa macam kat Acheh tapi terasa seperti di Masjid Nabawi, Madinah.

Masjid ni sangatlah besar. Lantainya diperbuat daripada marmar yang berkilat.


Siling dan lampunya sangat unik.

With my mom..

Wefie itu penting ya..

Kalau nak tahu masjid ni di luarnya sedang dibina kawasan solat yang bumbungnya boleh dibuka tutup macam Masjid Nabawi. Perghhh canggih betul! Arab Saudi sponsor, takde hal lah.. hehe.

Masjid ni sebenarnya tak jauh dari hotel tempat kami stay. Part hotel tu nanti saya story dalam entry lain ya. Tapi untuk ke sini jalan kaki saja pun boleh dari hotel. Memang lokasinya betul-betul di tengah-tengah bandaraya Acheh which memang jadi tumpuan rakyat dan pelancong di sini. 

Wefie with my mom..

Renovation sedang dalam proses. Bila siap nanti, masjid ni akan menjadi masjid terbesar dan tercantik di Acheh.

Ok next saya sambung dalam entry last Part 11.




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com





Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana, Like Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4xuKhtbup

Acheh Trip #9 || Shopping & Makan Time!!

Salam. Ahha dah sampai Part 9 dah entri trip saya dan family ke Acheh ni. Yang baru nak bermula bolehlah baca entri Part 8 dan sebelum-sebelumnya dulu ya. Ok last entry saya dibawa visit tempat mandi puteri raja. After lunch tibalah masa yang paling digemari oleh para wanita iaitu SHOPPING! hehe.. Jom...!
Kami dibawa ke sebuah jalan yang menempatkan banyak kedai-kedai yang menjual souvenir dan produk Acheh. Antara kedai yang kami singgah adalah Putroe Aceh ni. Actually sepanjang jalan ni ada banyak lagi kedai. So bolehlah try masuk untuk survey harga dan shopping.


Antara barangan yang dijual (excluding me :p)

Kat Acheh ni antara yang famous adalah kain songket Acheh. If nak beli bolehlah tapi saya kurang gemar beli kain sebab bila beli entah bila nak tempahnya. huhu

Seperti biasa ada jual telekung, baju-baju batik dan sebagainya.

Kusyuk betul Pak Andak saya memilih key-chain untuk dibeli sebagai souvenir.

My family sibuk memilih t-shirt

Memang rambang mata lah kat sini. Cuma harga di sini tak boleh tawar-menawar. Biasalah kedai begini harga memang dah fix. Tapi oklah takdelah mahal sangat. Kecuali batik/songket Acheh memang harganya agak tinggi. Paling murah pun untuk 2 meter kain dalam 200000 rupiah (RM60.00++).

Beginilah keadaan di sini.

Nak beli kraftangan seperti beg tangan, purse pun banyak kat sini. Cantik-cantik tau.

Pilih jangan tak pilih!


Ok saya dah dapat apa yang saya nak!

Sempat mengabadikan kenangan dengan pekerja kedai di sini sebab dia sangat ramah melayan kami.


Seterusnya kami dibawa ke tempat lagi best untuk shopping!

Ahha, inilah Pasar Besar Acheh. Ala-ala Pasar Baru di Bandung tetapi hanya 2 tingkat. Actually ni bangunan baru dan sebelah dia adalah bangunan pasar yang lama. Barang yang dijual sama saja.

Beginilah keadaan di dalam Pasar Besar Acheh ni. Meriah dan of course rambang mata ok! If nak beli baju such as blouse, jubah, tudung, dress dan sebagainya untuk fesyen Muslimah memang banyak dijual di sini.

Penat bershopping rehat sebentar.. Kat sini dapatlah saya borong baju dan dress yang saya berkenan. Memang betullah Indonesia ni fesyen Muslimah dia lagi up-to-date compare to Malaysia. 


Ok next, dah habis shopping perut dah start lapar. Terus kami dibawa ke restoran Mie Razali ni untuk menikmati pelbagai jenis mee. Antara yang famous adalah mee ketam dan mee udang. Perghh tenagh menaip ni pun dah wat terlioq! haha

Uniknya di sini sebagai appetizer, mesti ada keropok Belinja ni.

Ahha inilah mee udangnya. Mewahkan?

Ini pula mee ketam. Banyak giler sampai jenuh nak habiskan.

Part paling best kat sini jus buah-buahannya sangat fresh. Saya order durian belanda. Memang pure!

Selamat menjamu selera...


Ok done shopping dan makan, ready untuk pulang ke hotel.


Di malam hari, kami bersiar-siar di sekitar hotel. Kebetulan my uncle nak cari t-shirt. If uols jenjalan, bolehlah try beli Roti Bakar Khas Bandung ni.

Ada kisah sedih di sebalik pakcik penjual roti bakar ni. Dulu dia ada bisnes motor. Lepas tsunami, kedainya musnah. Anak-anaknya tak dapat diselamatkan. Tinggal beliau dan isteri sahaja yang ada. Allah kesiannya.. So dengan duit yang ada, dia pun berniaga roti bakar ni untuk tampung kehidupan. Sedihnya..:(

Sedap sangat-sangat roti bakarnya. Roti putih tebal dibakar atas pemanggang, then boleh pilih nak sapuan apa. Makan panas-panas dengan teh panas, sedap ooo... Moga terus maju perniagaan pakcik ni.

Ginilah rupa roti bakarnya. Sangat garing plus sapuan yang banyak, amatlah menyelerakan.

The siblings.. My dad & my Pak Lang berbual-bual sambil menunggu roti bakar siap.


Kasih seorang abang kepada adik. Hehe.. Jarang dapat tengok situasi sebegini. 

Shopping jangan tak shopping. 

Last sekali kami singgah minum di sebuah kedai makan. Order teh tarik, perghhhh manis giler! hahaha.. Nampak berbuih-buih gini tapi rasanya sangat manis melekat. Berapa banyak susu agaknya dia gunakan. huhu


Actually jangan pelik if dorang wat air manis-manis gini. Kena inform awal-awal if taknak manis.


Orait dah malam. Tinggal sehari lagi nak jenjalan di Acheh sebelum pulang ke Malaysia. Jom ke next entry Part 10 ya! :)



Misya : Syurga shopping masih di Bandung.



Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...