Tuesday, April 12, 2016

Egypt Trip #8 || Final day @Mansoura, perasaan bercampur-baur!

Salam. Alhamdulillah sampai juga part terakhir entry saya travel ke Mesir. Selepas menghadiri majlis konvo adik ipar di Mansoura University (entry penuh di SINI) sudah tiba masa hari-hari terakhir kami di sini. Macam-macam perasaan timbul. Sedih, kecewa, happy, bercampur-baur. Sedih sebab nak meninggalkan 1 lagi negara yang saya lawati. Kecewa sebab banyak benda tak best berlaku semasa di sini tapi ianya dijadikan sebagai kenangan. Happy sebab tak sabar nak balik Malaysia! hehe.. Serius terlampau rindu dengan makanan Malaysia. 2 minggu kot dok luar negara. Memang kemaruk la kan. hehe..

Posing sat di area homestay. Rumah di sini rapat-rapat antara blok. Jalannya sempit, dan agak kotor. Tapi nak wat camne, dah memang begini keadaan di sini. 

Gambar kenangan dengan pekerja yang menjaga homestay ni. 1st day sampai rasa nak marah je dia ni sebab sepatah haram pun tak faham English. Serius communication sangat susah di sini. Tapi hari last ni redha jela. huhu.

Mentang-mentang dapat jaket kulit baru, tu yang posing macam retis husband ku ini. hehe

Sesungguhnya saya bakal merindui cuaca sejuk di sini. Bila lagi boleh melaram pakai winter attire rite? hahaha.. 

Tapi sebelum balik, adik ipar sempat bawa saya dan husband makan di kedai masakan Melayu milik orang Indonesia. Kecil sahaja kedai ni tapi memang student Melayu banyak singgah di sini.

Terubat hati dapat makan nasi goreng kampung. Cuma style Indonesia. Tak kisahlah janji kenyang.

Muka happy dapat makan nasi goreng kampung. Ahaks..

Selesai urusan di Mansoura, kami meneruskan perjalanan pulang ke Cairo untuk ke airport.
  
Tak sabarnya nak pulang ke tanahair masa ni. Benda pertama saya nak makan bila sampai sana adalah nasi lemak! Sebab memang masa dan jarak perjalanan kami akan menyebabkan kami sampai di Malaysia awal pagi.

Menaiki pesawat Qatar Airways memang tak mengecewakan dari segi makanan. Memang kenyang habis! Servis tiptop! Ready meneruskan perjalanan melawan masa...

Alhamdulillah dah sampai KLIA. Wajah kegembiraan dan kepenatan. Jet lag mula menguasai diri sebab di Cairo lewat 6 jam. Tiba balik sini dah jadi awal 6 jam. Alamak pening! Tingtong..@_@


Apa-apa pun saya happy dapat travel lebih 2 minggu ke Turki dan Mesir. Perjalanan yang penuh suka-duka tapi banyak beri pengalaman manis dan pahit. Alhamdulillah dapat tambah koleksi negara yang saya pernah kunjungi. Next plan? Tunggu.... Assalamualaikum..


Misya : Tak serik alami musim sejuk.

Monday, April 11, 2016

Banglo Koswip Port Dickson || Apa pendapat saya?

Salam semua. Haa siapa family dia suka wat gathering atau family day, bolehlah try sewa banglo milik Koperasi Koswip di Port Dickson N9 ni. Camne saya leh tahu tentang banglo ni? Last year around September, family saya di bawah Legasi Haji Dawan (arwah atok saya) organized 1 family gathering. So adik beradik ayah saya dan semua sepupu-sepapat saya berkumpul di sini. Apa lagi, memang havoc la kan! hehe. But in this entry bukan nak story pasal gathering tu. Panjang cite nya nanti. Tunggu next entry. Just nak share pengalaman saya dan family di sini.

Inilah rupa banglo nya. Design lama tapi sangat-sangat selesa sebab besar dan luas luar dan dalam.


 Ada 2 ruang tamu rumah ni. Memang selesa nak bermesyuarat keluarga ke apa kan. Don't worry, kipas ada, aircond pun ada. TV pun ada tapi channel nya tak berapa ok sebab banyak gangguan siaran dan tak clear. Hope pemilik boleh upgrade tentang ni.


Ruang tamu utama lebih besar. Waktu malam boleh karaoke kat sini. Tapi kena bawalah set karaoke nya. huhu

2 tingkat banglo ada 3 bilik tidur yang besar. So if datang ramai-ramai bawak je toto. Kebersihan pun tip top.

Dapur pun luas! Kami kat sini 3 hari 2 malam merewang je. Puas makan masak sendiri. Complete dapur gas siap gas, peti ais, pinggan mangkuk dan bekas-bekas makanan. Tapi boleh je nak bawa extra. Pakai pinggan kertas lagi senang. hehe terus buang.

Antara bilik tidur kat sini. See luas kan? Semua bilik ada aircond. 

Satu lagi bilik. Memang selesa untuk stay beberapa malam.

Toilet nya pun luas dan bersih. Cuma kalau boleh pemilik sediakan tisu tandas.

Overall saya dan family puas hati dengan banglo ni.

Halamannya sangat luas! Boleh parking 5-6 biji kereta. Kami gunakan halaman ni untuk aktiviti senam robik, zumba dan games. Memang best!

Orait camne nak booking? Kena visit website INI atau call je 03-22735422  Samb : 215 En. Shukor. Rate? RM200 untuk ahli Koswip, RM500 bukan ahli. Biasanya ahli Koswip ni orang-orang yang keje gomen. Kebetulan pakcik saya keje gomen so beliau tolong kami book kan banglo ni. Apa-apa pun memang puas hati la banglo ni. =)


Misya : Family first.

Egypt Trip #7 || Graduate from Mansoura University

Salam. Orait, sambung dari Part 6, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Majlis Konvo adik ipar saya di Mansoura University. Masuk je kampus Mansoura U ni, terasa macam zaman jadi student dulu. Agak besar U ni thats why ramai pelajar Malaysia datang belajar sini especially bidang medic.

Di ruangan pendaftaran sebelum masuk ke dewan utama. Ada macam minah Arab tak? Haha.. Bestnya kat sini disebabkan sejuk, takde hal nak pakai baju tebal dan tudung labuh camne pun. 1st time saya pakai skirt dan blouse di luar negara time winter gini! Hehehe..

Kami sampai agak awal. So organizer masih tengah buat persiapan. Sempoi je majlisnya sebab ianya special untuk student-student Malaysia. Konvo sebenar lambat lagi tapi disebabkan ada student nak balik ke tanahair lebih awal (6 tahun kot duk sana), so atas inisiatif junior dan senior di sini anjurkan konvo ni.

Dapat tempat duduk best sebab sampai awal. Hehe..


Agenda majlis...

Pashmina baru beli dari Turki.. Syok dapat pakai sebab time ni winter. Kat Malaysia rasanya sekali setahun pun lum tentu saya pakai pashmina sebab panas. Biasa jadi macam pemanas badan je bila duk dalam aircond yang sangat sejuk.

Bacaan ikrar oleh para pelajar yang diraikan.

Yeayy dari jauh nampak adik ipar saya sedang berjalan atas stage ambil skrol ijazah kedoktorannya. Proud of u my sis!

Apa yang menarik budaya di sini, tak seperti di Malaysia majlis konvonya sempoi, tak memerlukan protokol ketat. Kat sini siap student bersorak, berpelukan dengan lecturer yang menyampaikan skrol, beri tepukan dan menyanyi beramai-ramai. Kat Malaysia confirm kena bash! hehe..

Alhamdulillah selesai majlis konvo adik ipar saya. Semua happy dan ada di kalangan student dari negara lain menyanyi dan menari sakan sambut kejayaan rakan dan family masing-masing. Yang paling saya suka ada sorang tak silap saya student dari Palestin pun konvo juga. Memang mendapat tepukan gemuruh dari audien. Hidup Palestin!

Congratulations Wieda! Dah setahun konvo baru sempat Kak Syira update entri ni. Hope jadi kenangan one day in the future.


Honestly saya rasa tenang lepas habis majlis ni. Terasa keberkatan student-student di sini menuntut ilmu dengan kepayahan keadaan dan suasana di tempat ini. Saya sendiri pun tak mampu nak bertahan stay untuk study di sini rasanya. huhu


Posing sat..


Buat Wieda, all the best in your life! Moga berjaya dalam karier sebagai doktor di tanahair. We proud of u, dik! =)

Wah, dah nak sampai penghujung dah entry trip saya ke Egypt. Jom kita ke entry terakhir Egypt Trip Part 8.

Misya : Tak takut jarum.



Friday, April 8, 2016

Standby eye drops untuk penggemar contact lens.

Salam. Nak share kat uols yang suka pakai kanta lekap atau dalam bahasa jawanya contact lens. Sebab sekarang contact lens tu dah jadi kebiasaan kan mostly untuk fesyen. Saya pun sama juga. Hehe. Especially bila terjebak semula dalam bidang modelling memang wajib pakai contact lens baru dalam gambar nampak cantik. Tapi mostly orang bila pakai lens akan cepat alami mata kering dan merah. Sama juga dengan saya. 



Ni saya share product eye drops yang saya gunakan untuk atasi masalah mata kering, pedih dan merah akibat memakai lens dalam tempoh yang lama. Sebab saya kadang shooting dari pagi sampai petang so memang mata jadi kering. Bila merah, nak shoot dah tak cantik dalam gambar. So memang always prepare eye drops jenama Rohto C Cube ni. Kat mana ada jual? Saya beli ni di kedai Guardian. Watson saya tak pernah jumpa pula. Tapi memang bagus eye drops Rohto ni sebab mata terus jadi lembab dan fresh. Try juga brand lain tapi tak berapa ok. 1 more tips, jangan sesekali beli lens harga bawah RM50.00. Untuk kesihatan mata yang tak ternilai harganya memang kena beli lens yang mahal (berjenama).

So tips Misya simple je untuk pengguna contacts lens:

1. Pakai lens berkualiti (mahal sedikit dan ada jenama).
2. Standby eye drops.
3. Belajar pakai lens selepas make-up - untuk elak sisa make-up melekat pada lens - sebabkan kuman masuk dalam mata.
4. Jangan pakai lens melebihi 8 jam. If terpaksa, titis eye drop.
5. Jangan gosok mata dengan tangan - elak kerabunan.
6. Cuci dan rendam lens selepas pakai dalam solution yang banyak.
7. Cuci makeup mata dengan segera selepas buka lens - mata sentiasa segar dan elakkan kemunculan eye-bag.


Berapa harganya? Saya pun tak ingat! hehe... Tak sampai RM10.00 if tak silap.

Saya pakai contact lens dari jenama Auralens semasa shooting ni. 


Misya : Rabun kadang-kadang menyeksakan .





Order brownies dengan Pn. Jamie..

Salam. Erm nyum nyum! Sape suka makan brownies? Ahha boleh try order dengan bos tempat kerja saya Pn. Jamie. Sedap juga brownies hasil air tangan beliau sendiri. Boleh order size besar atau nak size kecik-kecik camni. Selain brownies Pn. Jamie ni pandai juga buat kek. Kira serba boleh lah. Nak order boleh pm Pn Jamie di fb beliau Jamie Salikin  Saya takdelah peminat tegar brownies. Sesekali dapat, telan je. hehe..


Misya : Dah lama tak buat kek.

Glasslock Food Container GoShop amat memudahkan saya!

Salam semua.. Ahaks inilah hasil kegilaan saya terhadap barangan dari Go Shop! hehe.. Seriously saya memang antara peminat barang Go Shop sebab dari awal sampai sekarang kualiti produk dia tak pernah mengecewakan. Berbaloi lah dengan harga rite? Apa pulak kali ni saya beli? hehe.. Inilah Glasslock Food Container from Korea! Sebenarnya memang saya nak cari food container yang serbaguna dan tahan lasak. Buka je channel Go Shop terus terpampang slot produk ni. Apa lagi terus dail dan beli! hehe.

Apa yang bestnya Glasslock ni? Antaranya ianya sangat kedap udara. So makanan tetap segar walaupun simpan dalam peti sejuk. Diperbuat daripada kaca agak berat tapi yang magic nya if jatuh atas lantai keras tak pecah ok! Serius! Huhu tapi saya tak pernah try cuma tengok dalam Go Shop gitula katanya. Hehe..

Harganya dalam RM199 if tak silap dapat semua ni. Macam-macam size. Serius amat memudahkan saya nak simpan macam-macam raw materials atau makanan. The best part boleh masuk dalam peti sejuk beku then boleh masuk dalam microwave untuk defrost. Memang best sebab selama ni pakai tupperware biasa tu bila masuk microwave, melekat-lekat kat dinding tupperware tu. Nak basuh pun senang Glasslock container sebab bucu-bucu dia semua melengkung. Tak perlu korek-korek untuk cuci celah-celah macam tupperware biasa. If nak beli bolehlah layari www.goshop.com.my 

Misya : Suka mengemas.

Wednesday, March 30, 2016

Jom like & support gambar saya dalam Pencarian Model Syamiraa!!

Salam semua. Petang semalam bosan-bosan ternampak post dari butik Syamiraa tentang contest Pencarian Model untuk produknya. Erm menarik ni boleh try. Dah bertahun tak join contest, why not cuba nasib kot ada rezeki dapat jadi model butik Syamiraa. Amin.. So, para rakan blogger yang disayangi mehlah support saya untuk contest ni. Tak susah pun cara nak support. Ngee...

1st : Of course kena Log In account fb anda. Then go to Page Syamiraa, tekan Like. Takpun tekan je Like kat bawah ni. :)

2nd : Untuk undi saya dalam contest ni kena like gambar saya di atas ni. Klik SINI then tekan like button. Tu sahaja!=)


Saya memang teruja nak shoot dengan butik-butik yang menjual produk Muslimah seperti tudung labuh. Itulah tujuan saya join semula modelling ni untuk bantu para wanita Muslimah berpakaian sopan tapi masih bergaya. Hope ada rezeki.. Support dan doa untuk saya ya!=)


Misya : Impian nak jadi Niqabis.

Wednesday, March 23, 2016

Egypt Trip #6 || Kenangan pahit manis @Mansoura

Salam. Destinasi seterusnya selepas melawat bandar Cairo, Mesir dalam entry Part 5, kami menyambung pengembaraan ke Al Mansoura, tempat adik ipar saya belajar untuk meraikan konvokesyen beliau. Perjalanan mengambil masa agak lama sebab Mansoura ni jauh dari bandar Cairo. Kira agak hulu juga yang mana kami tak tahu pun keadaan Mansoura tu camne pada awalnya. huhu. Tapi takpe banyak pengalaman berharga kami dapat di Mansoura.

Berbeza dengan bandar-bandar lain di dunia, Mansoura ni agak sibuk especially siang hari. Bangunan rapat-rapat, jalanraya penuh debu dan lumpur, kereta bersimpang-siur dengan bunyi hon sana-sini tanpa henti. Seriously kalau tak biasa memang akan jadi kejutan budaya!

Sepanjang perjalanan ke Mansoura melalui lebuhraya kelihatan kami merentasi padang pasir. Udara yang berdebu sukar nak snap gambar dengan jelas.  Jalanraya pula berlubang-lubang walaupun ianya lebuhraya bertol. Sakit jiwa juga duk dalam van bila terlanggar lopak air atau lubang.

Ini adalah homestay yang kami sewa. Maaf kalau nampak berselerak. Actually kami sampai sini waktu malam. Ada pengalaman kurang best masa mula-mula sampai ke sini. Adik ipar dah bayar booking untuk sewa salah sebuah homestay di sini di tingkat paling bawah (untuk memudahkan pergerakan atok nenek kami yang uzur dan tak larat nak panjat tangga tinggi). TAPI sampai-sampai je, tuan homestay bagitahu ada orang lain sewa rumah tersebut dan diberinya kami homestay tingkat 4! Ya Allah masa tu Tuhan je tahu perasaan kami. Marah, sedih, kecewa tapi kesian pula kat adik ipar masa tu. Bertengkar kami dengan Pak Arab owner rumah tersebut. Husband saya cuba mencari hotel berhampiran sebagai ganti tapi malangnya semua full. Yang ada pun rate sangat mahal. Nak taknak terpaksa juga memanjat tangga angkut semua barang naik tingkat 4. Paling kesian atok dan nenek masa tu.:( Pengajaran : Attitude orang Arab memang problem, they can't keep their promise especially to Asean people like us.) 

Rumah ni complete dengan dapur, peti ais dan lain-lain. Sesuai lah bawa family yang ramai tinggal tapi tahap kebersihan kurang memuaskan. Bagi saya biarlah tak mewah, tak cantik tapi kebersihan mesti No. 1.  

Bilik air besar, ada mesin basuh tapi yang tak bestnya water heater nya ada problem. OMG dengan cuaca sejuk memang mandi ala P.Ramlee jela.. huhu.


Bilik tidurnya asal takde pun selimut tebal-tebal tu. Inisiatif adik ipar balik ke rumah sewanya yang berhampiran bawakan selimut tebal-tebal ni. 1st night kami sampai serius kami tidur menggigil kesejukan. Heater pun takde! Husband saya masa tu dah naik bengang terpaksa tido kat sofa depan and memang berazam nak cari hotel untuk kami bermalam. Mahal pun mahal la janji selesa sebab nak stay di Mansoura makan masa beberapa hari.

Kak Long menceriakan kami dengan memasak makanan untuk kami. Yang best kat sini part makan tak perlu risau. Makanan halal berlambak-lambak dijual termasuk bahan mentah. Plus jangan lupa beli Shawarma kat sini. Perghhhhhh serius sedap giler!! huhu..

Sepanjang kat Mansoura ni pengangkutan utama kami adalah teksi. 1 lagi pengalaman pahit di sini di mana orang-orang di Mansoura ni tak pandai berbahasa Inggeris langsung. Ya Allah memang rasa macam anjing dengan kucing je nak communicate. Even bahasa Arab dorang gunakan pun sangat berbeza dengan yang kita belajar masa sekolah agama dulu. Nasib baiklah adik ipar tolong ajar sikit beberapa perkataan untuk memudahkan kami communicate dengan orang sini. Seriously perkataan 'university' pun dorang tak tahu! OMG...

Ok lagi 1 experience yang takkan kami lupa kat sini. Bayangkan tengah-tengah bandar Mansoura ni waktu siang memang jalanrayanya sesak ya amat. Dah tak tahu mana lane jalan, mana trafik light. Tak tahu la tiba-tiba driver teksi kami ni bergaduh mulut dengan driver van kat sebelah dia. Menjerit-jerit dalam bahasa dia pastu TIBA-TIBA dia boleh stopkan teksi dia brek mengejut kat tengah-tengah kesesakan tu nak turun and bergaduh dengan driver van tu! Ya Allah kecut perut kami dalam teksi masa tu. Nasib baik ada hamba Allah mana entah datang tenangkan keadaan then driver ni beredar dari situ. Lepas tu dia drive teksi laju giler macam pelesit! Serius rasanya muka kami memang pucat giler dah masa tu. Husband malas nak cari pasal sebab orang Arab ni dia punya baran sanggup buat apa saja. Adoi serius takut giler masa ni!

Beginilah sesaknya keadaan bandar Mansoura ni. Dari segi sivik memang failed. Suka-suka hati stop kan kereta tepi jalan, bunyi hon non-stop start lepas Subuh sampailah tengah malam, kebersihan kurang diamalkan dan lain-lain. Suasananya tak tumpah macam berada di Malaysia zaman 50an-70an yang jauh dari arus kemajuan. Tapi saya salute la student-student Malaysia terutama adik ipar saya bertahan selama 6 tahun study di sini. Memang tabik spring kat dorang!

Walaupun diduga dengan macam-macam benda tak best tapi kami tetap rasa happy sebab tak pernah datang ke tempat camni. Pengalaman pahit dan manis yang takkan kami lupakan. Husband tanya, nak datang sini lagi tak? Hehehe masing-masing tersenyum kambing.:p Cuma husband kata sini maybe better banding pergi negara bukan Islam macam India. Plus muka bumi di sini dikelilingi padang pasir dan attitude orang Arab tu sendiri yang menyukarkan kemajuan.

Ok next saya story event konvokesyen adik ipar saya di University Al Mansoura dalam Part 7.


Misya : Sebab tu Nabi-Nabi banyak berada di negara Arab.


Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...