Monday, March 24, 2014

Segmen : Pencarian Bloglist oleh Nazurah

Salam.. Lagi segmen yang harus disertai! Just click banner...



Misya : Mencari cinta hakiki.

Segmen Pencarian Bloglist Di Mohd Noor Shawal's Blog

Salam. One more segment to join! Click banner okeys...:)



Misya: Bloglist update setahun sekali.

segmen : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Salam.. Rajin betul blogger Ayu Insyirah ni anjurkan segmen. Patutlah sangat famous ada ramai follower.:) Jom kita join segmen beliau... Klik je banner.


Misya : Teringin nak cuti panjang.

Segmen : Jom Blogwalking by HJ

Assalamualaikum. Peace Upon You



Klik banner untuk join

Syarat : 
  • Ada blog
  • Like fanpages  
  • Buat entry bertajuk " Segmen : Jom Blogwalking by HJ "
  • Copy paste code di blog HANA
  • Tinggalkan link entry di bahagian komen Hana.
Tamat : 30/03/2014 (last day cuti sekolah)



Misya : Dah lama tak feel cuti sekolah.

Friday, March 21, 2014

Sedaplah pulak mini pretzel cookies ni! by Yanaz Delight...

Salam Jumaat semua. Erm baru dapat bersiaran. Cewah! Kali ni nak share tentang 1 biskut yang 1st time saya rasa terus macam, wow! Sangat sedap... Saya tak tahu apa nama sebenarnya tapi saya gelarkannya mini pretzel cookies. Biasa Pretzel ni dalam bentuk roti camtu dan dijual di kedai-kedai dalam shopping mall. But kali ni dalam bentuk biskut comel dalam pelbagai rasa dan rupa. Tak tahu apa nama sebenarnya tapi saya ada nampak rakan-rakan online business menjualnya. Ingatkan apa benda. Try beli kat cafe office, terus dalam hati kata sedao juga biskut ni. Bolehlah nak wat kudap-kudapan semasa bekerja.:)


Menarik kan? Kalau ikut rasa ada macam perisa kopi sikit. Ada juga perisa strawberry.. Tengok rupa je saya dah tertarik nak beli. Comel je..

Disusun dalam bekas kecil yang cute ni.. Walaupun kecil tapi harga boleh tahan juga. RM10.00 untuk 1 bekas. Maybe bahan dan kaedah pembuatannya complicated menyebabkan harganya agak mahal banding biskut-biskut lain.

If berminat bolehlah contact Yanaz Delight ni. Saya tak kenal pun tapi sebagai membantu rakan-rakan lain menjalankan perniagaan.:)


Misya: Suka buat biskut raya.


Thursday, March 20, 2014

Nasi lemak pertama saya... Sedap ke?

Salam semua... Sejak dah kahwin ni kenalah merajin-rajinkan diri ke dapur. Kalau boleh hari-hari mesti memasak. Nak pikat suami kena pikat perutnya dulu, betul tak? hehe.. Minggu lepas teringin pula nak try masak nasi lemak. Kadang bosan juga asyik masak benda sama je kan. Nak juga kelainan. So, berpandukan bakat yang ada, petua dari bonda tersayang dan resipi dari internet, maka terhasil lah Nasi Lemak special hasil air tangan saya.. Hehe... Nak rasa? Alamak dah habis... Huhu sedap sangat ler tu...;)

Inilah dia nasi lemak nya.. Saya menggunakan beras Basmathi Faiza Taj Mahal. Ada beza nak masak nasi lemak if guna beras biasa dengan beras basmathi. Nak tahu camne? Saya rujuk SINI dan SINI. Kedua-dua link ni sangat membantu saya masa nak masak nasi lemak ni. Hehe..


Sambal... Haruslah kena sedap sebab pelangkap kepada nasi lemak. Sambal yang power menambah-nambah lagi rasanya. Tak tahu masak sambal? Masalah tuuu.. Kena belajar cepat-cepat ya. Simple je...:)

Ikan bilis.. Jangan lupa bersihkan dulu, basuh then goreng hingga garing. Rangup! Kacang? Oh kami tak makan kacang sangat plus saya kan pakai braces. Payah nanti tersangkut-sangkut. Hehehe.

Saya tak pakai telur rebus tapi telur goreng.. Lebih nikmat giteww.. hehe.

Dah nama pun nasi lemak banyak lemak. So kena ada timun bagi balance kan diet. Hehe..

Nak tambah lauk, maka saya pun goreng lah Ayamas Crispy.. 

Jangan lupa air minuman. Jus guava menjadi pilihan. Karang tercekik orang nak makan takde air. Huhu.


Amacam? Ok tak? hehe... 1st time masak nasi lemak, risau sangat-sangat if tak menjadi. Kot nasi tu jadi macam biji kanji ke kan.. Sebab nasi lemak ni kena pandai sukat santannya supaya rasa lemak-lemak tu pure. Jangan lupa perisa-perisa tambahan yang sesuai.. 

Nak test power, saya jemput family saya datang makan  ke rumah... Alhamdulillah semua kata sedap. Hehe... Kembang sat!;) Cuma my mom je dia kata sambal pedas sebab dia memang tak makan pedas langsung orang nya. Hakikatnya sambal tu tak pedas langsung. My family siap ratah-ratah lagi sambal tu. Huhu. 

Yang paling best bila my hubby pun puji.. "Sayang, sedaplah nasi lemak sayang buat tu. Sambal dia, nasi dia memang best!" Ya Allah happy nya saya. Syukur Alhamdulillah tiada apa yang menggembirakan bagi seorang isteri jika suami suka masakan isterinya.^_^ Kepuasan sebagai seorang isteri gitu! Ahakss.. My hubby makan nasi lemak tu tambah berulang kali sampai habis 1 periuk. Huhu. Sedap sangat ler tu.. Hehe..



Misya : Nak try masak nasi lain pula.



Korea Free Trip Part 5 : Snowing Time at Alpensia Sports Centre!

Salam semua... Semalam dah baca tentang keterujaan saya melihat pergunungan salji betul-betul menghadap hotel tempat saya dan suami menginap? Kalau belum jom terjah Part 4 di SINI. Semalam hanya tengok je salji tapi kalu ni saya betul-betul dapat bermain dan berguling atas salji! Ahaksss.....

Tuu diaaaaa......... Salji tengah turun! Ahaksss ni efek gambar je hasil Picasa Web Album. But nampak real kan salji turun? Hehe..

Entry sebelum ini, pemandangan salji di luar bilik adalah pada waktu malam. Bangun je pagi, selak langsir, perghhhhhhhhhhhhhhhhh serius sangat cantik bila di siang hari! Putih bersinar-sinar.. SubhanaAllah indahnya.....

Before ke aktiviti seterusnya kenalah breakfast dulu.. Sejuk-sejuk pekena roti bakar memang syok!

This is me! Muka teruja mahu main salji!

Keluar-keluar je, fuhhh memang sejuk! Kena pakai baju tebal-tebal. Lihatlah kesejukan yang melanda sampai nafas pun berasap-asap! Fuh fuh fuh......

Pemandangan dari luar hotel penginapan kami. Holiday Inn... Nampak gebu je salji-salji tu tapi kalau pegang dah keras. huhu


Cewah verangan!

Haaa kat belakang tu adalah Alpensia Ski Jump. Baru sahaja dibina dan akan digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 2018 nanti. Kami antara orang terawal datang merasmikannya! hehehe..

My hubby pun excited!

Gitewwww.............

Cantikkan salji kat belakang tu? Kelihatan lembut tapi sebenarnya bila dipegang keras macam dalam peti ais. If nak rasa yang lembut time salji tu tengah turun then masa tu dia still soft.

Subhanallah.. Indahnya ciptaan Mu....



Bestnya....! Buat Elken giler-giler before kahwin, dapat hadiahkan suami honeymoon di musim sejuk.. TQ Elken! Mengeratkan kasih sayang kami.:) Love u so much hubby!

Antara sukan-sukan yang bakal dipertandingkan di sini..

Welcome to Alpensia Stadium...:) 

Cak! 

Excited dapat pegang bongkah ais! Sejuk tau. Nasib baik tak bawak cendol, kacang merah, sirap, susu.. Boleh buat ABC! Hehehe...

Huhu sejuk... Snow effect by Picasa Web Album..

Yeayyy!! Akhirnya dapat jejakkan kaki ke tempat bersalji!!! Boleh baring-baring giteww...

Kalaulah ada keberanian untuk menggelongsor dari atas ke bawah tu.. Hehe..;)

Para Elkenian.. Bakal-bakal jutawan di Elken... Semua sangat happy dan excited dapat main salji!


Next, kami dibawa naik ke menara Alpensia ni.. Kat sinilah kami boleh meninjau keseluruhan kawasan pergunungan Alpensi ni.

Yeahhh Elken belanja hot drinks untuk kami! Ya Allah memang VVIP treatment la Elken bagi.. 

Yummy.. Sambil relax-relax di atas sofa melihat pemandangan gunung salji yang indah, kami menikmati pula hot chocolate, perghhh terbaekkkkla!


So, tempat ini dinamakan Alpensia Resort. Kawasan ini dilitupi salji sepanjang musim sejuk. Kalau musim lain, semuanya akan kembali normal.

Bersama-sama senior upline tersayang, jutawan Abg Mael & Kak Coddy.. Dorang sangatlah lovely couple. Membantu downline-downline yang lain sepanjang kami di sana. TQ upline!

Seriously so amazinggggg........!

With Kak Coddy... 




Yahooooooooo bestnya!!!

Sekali imbas dah macam mamat negro mana entah my hubby! Hehehe...

Ok pose berangan... hehe.. Ni kalau wat modelling photoshoot ni memang sangat nice view dia. Huhu..

Cewah my hubby dah macam model pun ada.

Ok done bersiar-siar di Alpensia Stadium.. Perut dah lapar, apa lagi, jom lunch!

Balik ke hotel semula... Untuk menikmati makan tengahari.

Inilah restorannya... Sunken Garden. Alhamdulillah Elken sangat concern tentang makanan Halal. Semua makanan yang disediakan adalah Halal.:)

Cuma menu kali ni, lebih kepada sayur-sayuran. Aduhai.. Huhu.. Takpelah terpaksa juga telan sebab kalau tak makan nanti lapar. Huhu..

With sideline... 


Best betul trip Elken ni. Sampai-sampai je kat meja makan, ada hadiah special atas meja! From Elken...

So nice.. TQ Elken! Ish bestnya!! ^_^

Ok balik semula ke hotel untuk bersiap-siap nak main ski! 

Sempat posing lagi tuuu..

Jangan lupa selfie. Ahakss...

Sampai je bilik terus buka sliding door.. Mahu tengok pemandangan sebenar dari beranda bilik kami. 

Walaupun matahari memancar tapi cuaca sangat dingin. Kejap je kami dah rasa sangat sejuk terus masuk dalam balik. Huhu.


Suasana di sekitar resort ini.. Macam kat negara omputih pun ada. Huhu.

 Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Keindahan ciptaan Allah swt. Kalau tak kerana melalui Elken, pasti saya takkan berusaha mahu capai impian melihat ciptaanMu. Silap-silap masih bergolek-golek depan TV tengok Astro. Selesanya bersenang-lenang. Oh no..!! Saya tak mahu jadi orang yang malas! Kejarlah impian selagi masih ada masa dan tenaga. Lihatlah alam ciptaan Tuhan di merata dunia ini dan belajar mensyukuri nikmatNya.:)


Ok, apa agenda seterunya? Nantikan entry akan datang...;) 
Berapa banyak episod daaa..........
.
Next : Part 6



Misya : Banyak alasan, lambat kejayaan.




Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...