Thursday, July 11, 2013

Tiket flight Air Asia 5 sen!!! 2 juta seat perlu direbut!

Wah!! 5 sen je naik flight!!! Huhu murah giler.. Tapi pernah je yang 0 sen kan? hhehe.. Sape-sape nak fly around 10 Feb 2013 hingga 5 Ogos 2013 tu boleh book sekarang sehingga Ahad ini!





Tapi pengalaman saya sebelum ni kalau nak dapat offer 5 sen ni, kena start hadap depan PC tepat jam 12 tengah malam pada tarikh 1st day offer dibuka. Then masa tu kena try and error banyak kali untuk book sebab orang berebut-rebut nak dapat offer. Kalau lambat, hmmm melambung-lambung la harga tiket! Huhu.. Siapa cepat dia dapat!=)



Cik Misya : One day nak try naik MAS.

Wednesday, July 10, 2013

Bonus 2 bulan setengah untuk penjawat awam??


PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA


Wow! Berita menarik ni..! Apa pun terpulang pada keputusan PM kesayangan kita ya!;) Ada duit, ada la.. If takde duit, kita kenalah usaha cari duit sendiri rite? Jom join bisnes PJJ-Projek Jadi Jutawan! Emel ke aimi@aimisyahirah.com untuk info lanjut!=)


Cik Misya : Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!

Tuesday, June 25, 2013

Tommy... Garfield kesayangan saya, kini tinggal kenangan...

Salam.. Lu pehal?? Haha jangan mara...;) Itulah ayat yang saya gambarkan bila melihat gambar kucing kesayangan saya bernama Tommy sebelum dia hilang dari rumah. Melihat dia memang saya rasa nak peluk cium taknak lepas!! Geram sebab dia besar, gemuk dan mengada-ngada!! Huhu..



Tommy ni ada kawan adik saya bagi kitorang untuk bela. Masa tu dia kecik je lagi. Tak sangka bila kami bela, dia membesar dengan sihat dan kuat! Haha.. Mana taknya, dia sangat kuat makan!!! Ikan, ayam, daging, bihun, mee, aiskrim, durian pun dia bantai!!! Memang tak hengat punya! Nak dukung dia, perghh memang berat! Tapi tetap nak dukung dia sebab badan dia gebusss gitew...

Antara perangai yang buat saya geram, Tommy suka baring terlentang! Agaknya badan dia besar, bila terlentang gitu rasa feel! Ahakss..


Tempat lepak kegemaran dia adalah meja study adik saya! Pantang bukak je meja tu, letak buku, then pergi mana-mana bila balik tengok dia dah relaks-relaks atas meja tu tak kasi can orang nak study! Huhu.. Nakkan perhatian je keje dia!


Kita suruh turun dia wat bodo je! Siap posing-posing plak bila kita snap pic dia. Tahulah hensem! hehe....


 Yo! Wasappp bro!!!

But kini Tommy tiada lagi... Hilang entah ke mana... Dia pernah hilang, dan pernah jumpa. Kalau dia hilang nak pujuk dia balik amatlah payah sebab dia menjadi sangat ganas! Pernah kami cari dia bila jumpa, dia gigit jari ayah saya sampai terkopek kuku ibu jari! Rupanya dia ni kucing pemburu. Jenis liar dan nak bebas. Tapi satu yang best, dia dengar kata. Bilik tidur dilarang masuk dan sampai bila-bila dia takkan masuk bilik tidur tu walaupun dipaksa masuk! Memang bijak. Badan besar, otak pun besar agaknya. Hihi.. 

Apa-apa pun saya rindukan Tommy ni sebab kegemukan dia macam Garfield! Now dah ada Ciko sebagai pengganti. Dua-dua pun best! Nak baca cerita kelakar tentang Ciko? Klik SINI. Miss you Tommy....




Cik Misya : Gelagat kucing penenang jiwa.

Friday, June 21, 2013

Mega Testimoni DX Lingerie!! Comfirm kurus dan cantik!!!

Salam.. Perghhhh....!!! Lagi puluhan testimoni pemakai DX Lingerie telah dikumpulkan!! Kini anda mempunyai pilihan. Apakah persediaan anda untuk menyambut Hari Raya nanti? Sudah tentu kita semua akan berpuasa Ramadhan. Tapi dapatkah anda mengawal pemakanan anda dan mendapatkan bentuk badan yang cantik tanpa menggunakan sesuatu di luar badan anda? Kalau pakai bra pun salah, anda expect payudara anda tegang dan montok hanya sebab berpuasa? Tidak bukan? So pilihlah mana satu anda mahu kerana telah terbukti DX Lingerie memberikan kepuasan kepada diri anda untuk memiliki bentuk badan terbaik menjelang lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi!!! Jom raya sakan!!!=)





















































Lagi testimoni di SINI.

Sungguh luar biasa bukan? Bukan tipu, bukan lakonan, bukan olok-olok!!! Kalau rasa masih tidak percaya, boleh dapatkan sesi fre-fitting untuk mencuba kehebatan DX Lingerie ini! Tak rugi pun sebab FREE-FITTING!!! Contact us now!!!




Cik Misya : Sihat dan cantik perlu seiring dan sejalan.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...