Thursday, January 19, 2012

Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing!!


Salam semua.. Em tadi masa belek-belek dashboard, terpandang satu entri from blogger famous Cik Elia a.k.a Jejariruncing. Dah lama saya tak join any kind of contest or blogger's segment. Asyik-asyik update portfolio modelling. hehe. So, saya joinlah segmen yang dianjurkan oleh Jejariruncing ni. :)

Next.. Market3x...!! Hehe.. Blog saya ni nak kata menarik, bolehlah kot. huhu. Saya selalu juga jengah blog Jejariruncing then terpampang koleksi  foto-foto kesayangannya dalam bidang modelling. Maybe dengan menerjah blog saya ni, dapatlah kami berkongsi-kongsi tips sebagai seorang model. I'm still newbie. So, memang rasa bertuahlah if Jejariruncing singgah blog saya ni dan jadikannya sebagai inspirasi beliau dalam berfesyen tetapi masih mengekalkan imej bertudung.:) Jemput datang ye Cik Elia.

Ok2! Still have about 1 hour to finish this entry. Cik Jejariruncing juga bagi chance untuk bertanya 3 soalan. huhu. Nak tanya apa ya? Seganlah.. huahua [gedixxx] ;p Maklumlah beliau blogger yang femes. Ok2, serius! Soalannya..

1. Dalam usia yang muda, cik Jejariruncing tabah harungi dugaan especially masa putus tunang ngan KFCM. (bukan nak ungkit tau). So, saya sangat kagum dengan semangat dan kematangan beliau. Apakah tips untuk jadi camtu?

2. Sebagai seorang yang dikenali, bagaimana Cik Jejariruncing mengekalkan kecomelannya? hehe..

3. Sudi tak follow blog saya? hehe...;)

Soalan-soalan ni nampak cam mengarut tapi kalau difikirkan secara positif, leh dapat jawapan yang terbaik. Cewah! Tak jawab pun takpela, yang penting Cik Jejariruncing sudi menjengah blog saya ni. huhu..

Ok done! At least, mencuba.. Right? So, for those who interested to join this segment, click je banner atas tu untuk terus dibawa ke entry asal segmen di blog Cik Jejariruncing. Apa ganjarannya? Cer tengok apa kata beliau...

"- Saya akan listkan nama blog beserta link anda di entry saya yang seterusnya.
- Kita semua dapat ramaikan kawan dan ini membuka ruang untuk naikkan trafik blog anda.
- kepada the top 3 bloggers yang entrinya berjaya menarik hati saya, blognya akan saya review dan dia akan dapat FREE 24hours sticky post untuk promote blog dia kt my blog."


Menarik kan? Walaupun simple tapi jika kita yang bertuah mesti rasa sangat dihargai.^^ Selamat mencuba ya kawan-kawan..=)


Cik Misya : Ramai kata jari saya macam baby sebab halus sangat.;p

Being a white angle in the night.. by Erin Nanie..

Salam semua.. Apa khabar? Hopefully korang semua sihat..:) Saya je tak berapa nak sihat. Alhamdulillah lepas makan ubat dan rehat secukupnya, saya beransur pulih. So, dah baca entri saya sebelum tentang show catwalk yang saya join? Belum lagi?? huhu.. Takpelah.. Yang dah baca thank you so much. Alhamdulillah ramai bagi feedback yang memberangsangkan. InsyaAllah will improve my skills in runaway show jika berkesempatan.:) Yang lum baca leh tengok di SINI.

Nak dijadikan cerita.. Masa event catwalk tu saya bertemu dengan Kak Erin yang kebetulan saya invite, dia pun join juga. Lepas habis event, soknya dia offer saya shoot di area Putrajaya. Bertemakan pengantin dalam persalinan putih di malam hari.. First time saya shoot malam ni. huhu. Nasib baik Kak Erin memang kenal dengan family saya sebab pernah jadi Mak Andam untuk wedding Busu dan Mak Andak saya. So, dapatlah pelepasan from my dad. (Ayah kak erin kenal ayah saya) hehe..

Maka terhasillah shoot ala-ala "White Angles"..
Talent : Aimi Syahirah & Cik Anis
MUA & Wardrobe : Semarak Kasih | Erin Nanie
Photog : Fairul Adzreen (Ferography), Syafiq Saadon, Amran, Ikmal Noordin
Location : Presint 2, Putrajaya




This is Kak Erin.. Tq Kak sebab sudi jemput. ^^



Suka sangat busana ni! Muat-muat je saiz saya. Hehe.. Sesuai untuk majlis pertunangan atau pernikahan..

Malam-malam mata pun dah kuyu. Kul 12.00 tengah malam kot!;p

Am i so serious? Itulah tema yang Kak Erin nak tonjolkan. Dia tak bagi senyum langsung! Huahuahua..;p

This is us! Hehe.. Sangat happening shoot ngan dorang ni. Huhu. Hopefully ada rezeki dapat shoot lagi ngan dorang. 

Nak tahu lebih lanjut tentang pakej perkahwinan Semarak Kasih by Erin Nanie? Click HERE. Seriously anda boleh memeriahkan majlis anda dengan harga yang sangat berpatutan! ^_^


Cik Misya : Rambang mata bila tengok baju pengantin cantik-cantik.@_@

Wednesday, January 18, 2012

Pertama kali beraksi di pentas catwalk..

Salam semua.. Pernah tengok runaway show? Yang jadi model mesti tahu apa itu runaway show. Okla, secara ringkasnya adalah catwalk show. Baru-baru ni saya join satu contest anjuran C's Team (diasaskan oleh Kak Azie, Misha Musa, Shafienaz & etc). Contest ni merangkumi pertandingan MUA terbaik dan talent Miss & Mrs terbaik. Saya tak pernah langsung wat runaway show. Jadi saja-sajalah mencuba. Nasib baik pernah join kelas dengan Empayar Siti Murni, Alhamdulillah dapat buat yang terbaik walaupun tak berjaya memenangi sebarang kategori. Yang penting dapat tambah pengalaman dan dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.


Hiasan pentas..


 

Melangkah penuh keyakinan! Cewah!;p

This is us! huhu

Shoot before catwalk..:)

 Inilah MUA saya.. Abg Bart Gustov.. He is so Happy Go Lucky person!=)

Bersama organizerdan para juri : Dian P.Ramlee, MUAs from RTM dan Supermodel Shasha ..

Saturday, January 14, 2012

Saya berlakon untuk iklan TV9!

Salam semua.. Baru-baru ni seorang sahabat lama masa study contact saya. Kebetulan dia kerja ngan Media Prima (TV3).. Rupanya dia nak minta tolong jadi talent untuk pembikinan iklan di TV9 sempena Maulidurasul. Em terkejut gak. huhu. Takpela, demi kawan, saya tolonglah. Leh juga tambah pengalaman. 


Just simple make-up and wardrobe by myself for this shooting..:)

Part of crew yang menjayakan shooting ni. Best dapat kenal ngan dorang. Sangat friendly and kelakar.;p

Ni faeza... Partner saya dalam iklan ni.

Tengah shoot Hani.. 

Rehat sebentar di tepi tasik. huhu

With faeza.. Comel kan dia? Teringat my cousin, Farah.. Putik melepak! hehe..

With Hani.. Lemah-lmbut je orangnya.. huhu


Mula-mula terfikir juga kot-kot dorang ni jenis serius. Maklumlah kerja ngan orang TV, mesti jenis sangat fokus. Rupa-rupanya dorang sangat peramah. Macam dah lama kenal je. huhu. Seronoklah juga sebab dapat pengalaman baru. Walaupun nak buat iklan 30 saat tapi pembikinannya agak mengambil masa. Saya punya scene dalam 4-5 saat camtu. Tapi kena wat banyak-banyak kali di lokasi berlainan. 

InsyaAllah kalau menjadi iklan ni, dapatlah korang tonton di TV9 sempena meraikan hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W sekitar bulan Februari ni. Takde dialog pun.. Lebih kepada montaj gitu. huhu..



Cik Misya : Masih terfikir camne si member saya ni leh dapat rambut afro camtu.. huhu.. 

Friday, January 13, 2012

Coming Soon!!! My Compcard..

Salam semua... Get ready for my new portfolio... Actually this photoshoot saya buat untuk compcard.. Nak tahu compcard tu apa? Nanti saya bagitahu dalam entri penuh akan datang.. Tunggu........;)


Hint : Compcard penting untuk talent dapatkan job modelling..


Cik Misya : Sehari suntuk shoot untuk compcard, letih woooo!!

Thursday, January 12, 2012

Empayar Siti Murni (ESM).. Terbaik untuk Modelling & Keyakinan Diri...

Salam semua... Minat modelling? Tapi tak tahu macam mana nak mula? Ramai yang bertanya camtu pada saya. Oklah, di sini saya kongsikan dengan anda sebuah akademi yang boleh membantu korang asah skill dalam bidang modelling.. Pernah dengar nama Siti Murni Abdul Aziz? Kalau selalu tengok TV1 (RTM) kenal lah kot. 
OOps! Ni saya, bukan Siti Murni.. huhu..


Haa inilah Siti Murni.. a.k.a Kak Uni yang comel... huhu.. Beliau juga pernah menjadi duta Butik Mama.. Tak caya, bila shopping kat Butik Mama tengok paper bag Butik Mama, mesti ada wajah beliau.:)


Baru-baru ni saya join satu bengkel yang diberi nama Sehari Bersama Siti Murni.. Sangat-sangat menarik bengkel ni! Banyak ilmu dituntut sepanjang 1 hari join this bengkel. Berbaloi-baloi.. Untuk makluman, model-model yang anda kenal di luar sana tu mostly datang daripada Empayar Siti Murni (ESM). Akademi ni memberi peluang kepada semua talent untuk asah bakat dalam bidang modelling dan meningkatkan keyakinan diri. So, korang dapat 2 dalam 1. Modelling dan Keyakinan Diri. Korang akan diajar camne untuk catwalk dalam runaway show dan teknik pose yang betul semasa photoshoot. Ditambah dengan sesi motivasi yang mengajar etika dan displin sebagai seorang model especially model bertudung. Banyak benda kan? Kalau korang rajin, joinlah beberapa sesi.:) Maklumat lanjut boleh refer page Siti Murni Abdul Aziz.



Ini gambar berangan! Cik Misya yang tembam! hehe...


Apa lagi? Jom join ESM untuk timba ilmu dan pengalaman dalam bidang modelling serta menambah self-confidence level dalam diri anda. Now ESM sedang mencari model Tudung ESM.. Boleh tengok koleksi Tudung ESM di sini..


Cik Misya : Dimaklumkan ESM hanya memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam modelling bukan agensi yang mencari job untuk model ya..:)

Wednesday, January 11, 2012

Studio 88.. Apakah yang berlaku di sana?

Salam semua.. Sebelum masuk tidur malam ni, saya nak share satu lagi kisah di sebalik tabir sesi photoshoot yang saya join. Cuma yang ni berlainan sikit sebab dirangkumkan dalam video pendek oleh organizer. Actually ni adalah semasa assignment pertama Pencarian Duta KrulMatric Photography & Videography 2011 di Studio 88, Sungai Buloh.. Entrinya boleh tengok di SINI. Dalam video pendek ni, dapatlah korang lihat suasana kami melaksanakan tugasan bermula daripada pendaftaran sehingga sesi photoshoot. Dapatlah saya berkenalan dengan ramai kawan baru dari kalangan talent, photog, krew dan orang kuat KrulMatric sendiri.:)

Jom tengok apa yang berlaku semasa assignment ini!!


Meriah kan? Gambar saya tak banyak.. Dari belakang je. huhu.. Kalau korang perasan, saya muncul di awal-awal babak tapi tak pandang kamera. [Minit 0.24 dan 0.33] 

Nak tengok hasil photoshoot saya? Boleh view di SINI. 

Abg photog ni sangat istimewa.. Dia insan istimewa (kudung sebelah) tapi masih mampu snap gambar terbaik. Syabas!=)

With adik-adik talent yang comel. Dorang siblings tau.. Lyna & Ayna...

Last session, outdoor.. Yang kelakarnya abg photog ni pun pakai braces. Dia kata masa terhad dan agak kecewa skit, tak dapat dia nak snap banyak-banyak sebab saya dapat bagi pose yang best-best..

So guys, wish me luck for this contest. Saingan sengit-sengit juga. Semua peserta nak berikan yang terbaik for every task yang diberi. Mesti penganjur pening nak pilih who will be the chosen one. huhu.. Good luck everyone!^^



Cik Misya : Bilakah result mahu keluar? Masih ada assignment yang menanti... Tunggu......


To all bloggers, lets join this community group!!

Salam semua... Nak share 1 lagi community group dalam facebook untuk blogger-blogger seluruh Malaysia.. Created by blogger juga.. Mungkin melalui komuniti ni, korang leh tambah kenalan blogger dan saling bertukar-tukar link. Jom join group Kakiblog!
Dah jumpa group ni, join la k.. Saya pun join tau. =)


Em setelah beberapa lama berblogging, saya nak buat sedikit penambahbaikan semasa berblogging.. Antaranya:

1. Menggunakan kata nama diri "saya". Sebelum ni saya bahasakan diri dengan perkataan "aku". Now, saya akan cuba lebih istiqamah menggunakan perkataan "saya". Sopan sikit kot kan?

2. Sentiasa memulakan entri dengan ucapan salam. Ya, itulah sebaik-baiknya. Kadang-kadang saya lupa nak ucap salam. Jadi, dengan ucapan salam, saya dapat mendoakan kesejahteraan korang dan apabila korang membacanya pun, kira mendoakan kesejahteraan untuk saya juga. Indahnya Bahasa Arab tu kan?=)

3. Will try to post entry dengan lebih kerap. This one, saya tak dapat janji lah. Sebab terdapat kekangan-kekangan tertentu. Kerja, masa dan sebagainya. InsyaAllah selagi ada masa terluang, saya kan sentiasa update. Follower bertambah-tambah, takkan entri nak berkurang pulak kan? huhu... InsyaAllah..:)



Cik Misya : Ada sorang follower ni, rajin baca dan komen entri saya. InsyaAllah saya akan buat entri khas sebagai penghargaan jadi follower setia saya. Siapakah yang bertuah tu? Tunggu...:)

Di sebalik tabir: Photoshoot baju pengantin Sentuhan Nadhira.. Menggigil kot!!

Salam semua.. Sebelum ni saya ada umumkan tentang kemenangan saya dalam contest Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira. Anda ingat lagi? Takpelah kalau tak ingat, saya bukan artis famous pun nak diingat-ingat. hihi statement sentap kah? haha, takdelah gurau je..;)

Alhamdulillah Kak Nadhira dah invite saya dalam satu sesi photoshoot untuk butik pengantinnya di Banting. Excited sangat-sangat nak shoot!! ^^ 1st time dapat shoot dengan busana pengantin yang lengkap. 5 pasang lak tu. Semuanya design-design baru. Masuk-masuk je butik, rambang mata semuanya cantik-cantik!! Before start shoot, tangkaplah gambar kenang-kenangan dalam butik ni. So, dipaparkan di sebalik tabir shooting dengan Butik Pengantin Sentuhan Nadhira...



Baju gaun pun ada! Tapi seksi, saya takleh pakai. hehe...


Inilah design baju yang saya paling admire.. Tersenyum kambing! hehe...

Sedang bersiap-siap... Memang busana pengantin agak rumit untuk digayakan. Macam-macam aksesori dan pin kena pakai. huhu. Thanks to Kak Liza untuk make-up yang cantik..:)




Now ready for photoshoot!! Photog by Littlestars Photography.. (Abg Ardha)
Best dapat kerjasama ngan abg photog ni. Walaupun pro, dia tak sombong bagi tunjuk ajar camne nak pose. Maklumlah saya 1st time shoot pakai baju pengantin lengkap, gigil gak kot! haha..



Baju yang saya admire sangat tu rupanya one of the baju yang saya kena pakai untuk shoot. Happy giler!! hehe..


Tuu dia.. Beraksi depan kamera...;) Menggigil gak pose masa ni.. Aura baju pengantin agaknya.. hehehe..


 
Final wardrobe... Light pink.. Sweet kan? hehe.. 

With my best friend forever... Thanks temankan shoot dan tangkapkan gambar-gambar ni.:)

After shoot... Di luar butik..

Lapar... Singgah makan jap pastu pulang ke rumah....

Nanti bila dah dapat semua gambar, saya akan upload dalam blog k.. Nak tengok sikit-sikit pun boleh dah..:) Just go to the facebook page Butik Pengantin Sentuhan Nadhira..

Cer teka gambar siapakah di profile page ni? hehe... Tunggu saya upload dalam entri akan datang ya..:)


Cik Misya : Lepas ni ada sesi outdoor plak.:)

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...