Tuesday, July 7, 2020

Drama Magnificient Century versi Malaysia?

Salam. Belek-belek album lama masa kemas rumah hari tu, terjumpa gambar dalam frame saya dan husband berpakaian ala-ala Kesultanan Turki. Masa ni kami holiday kat Istanbul, Turki 4 years ago. Masih elok gambar-gambar ni. Bila tengok lama-lama teringat drama bersiri popular yang pernah jadi kontroversi masa disiarkan kat Astro iaitu Magnificient Century. Mengisahkan kerajaan Turki Uthmaniyah yang dinaungi Sultan Suleyman Khan which empayar kerajaan Islam paling berjaya dan gah ketika itu. Kerana drama ni lah saya minat dengan pelakonnya yang memainkan watak Sultan Hurrem (isteri kepada Sultan Suleyman iaitu Meryem Uzerli). Masa pregnant kan BabyS, almost everyday saya layan drama ni. Tu agaknya kulit BabyS putih melepak. hehe.


Gambar ni diambil masa kami visit Muzium Medusa. Full story boleh baca SINI.

Ahlan Wasahlan Ya Habibi... 


Amacam, ada nampak kami macam Sultan Suleyman dan Sultan Hurrem tak? hehe giteww.. Versi Malaysia konon-kononnya. Actually masa gambar ni diambil, saya tak tahu pun kewujudan drama Magnificient Century ni. Tak sangka bila jumpa gambar ni, terus rasa wow! Macam dejavu pula. hehe.


Inilah pelakon utama Magnificient Century. Drama ni actually sangat terkenal kat negara-negara Eropah sampai ada beratus episod. Saya suka watak Hurrem (Meryem Uzerli) sebab dalam sejarah beliau dikatakan seorang yang sangat bijak pandai,  berbakat, cantik dan penuh matlamat daripada sekadar seorang hamba abdi sampai boleh jadi isteri kepada Sultan Suleyman Khan (Halit Ergenc) yang digeruni seluruh dunia time tu. Sedangkan wanita-wanita yang bekerja di istana ketika itu hanya dianggap sebagai hamba yang perlu melayan keluarga Diraja bila perlu. Actually drama ni sedang ditayangkan kat Astro. Details boleh tengok SINI. So, bolehlah tonton. 



Misya : Syukur hanya jadi rakyat biasa.
 

Inilah bapak zaman sekarang!

Salam. Haha baca tajuk je dah suspen kan? hehe.. Walaupun nadanya seperti marah tapi sebenarnya tak marah pun. Ginilah gaya husband saya bila kekadang kena take over jaga baby tapi dalam masa yang sama nak main game. Adoyai suamiku.. But don.t worry keadaan ni sekejap saja. Saja bagi baby test position baru. Almaklum baby kadang bosan asyik baring je. Yang bagusnya BabyS rileks je bila daddy dia dukung camni. Macam syok plak dia. Umo baru 3 bulan tapi kuatnya tengkuk dia tegakkan kepala sampai mommy pulak rasa seriau.







Hehe bila tengok balik macam kelakar pun ada. Entah apa la si BabyS fikirkan ya? Husband saya ni bukanlah gamer tegar pun. Saja kadang hilangkan bosan main game bola. Favourite dia dari zaman sekolah game ni. Dah ada anak 2 orang pun masih main game yang sama! Nasib lah dapat anak perempuan. If boy, memang boleh jadi geng lah main game nanti. huhu. Ginilah ya style bapak-bapak zaman sekarang? 


Misya : Cuba minimumkan penggunaan gadjet depan anak-anak.

Bekalan face mask dan sanitizer kepada semua staf

Salam. Since PKP dilaksanakan, rakyat Malaysia sememangnya dah mula praktis norma baru dalam life memasing. Antaranya pemakaian face mask dan hand-sanitizer bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Pengurusan department di office saya pun tak ketinggalan membekalkan face mask dan hand-sanitizer kepada semua staf di office. Terima kasih admin! Almaklum kami ni banyak deal dengan visitor yang datang ke Pejabat. Ke sana ke sini.. So amat penting ada both item ni. Dah beli  sendiri punya pun kadang terlupa nak bawa. So syukurlah office dah sediakan siap-siap.


So everytime keluar meeting / pi toilet / solat / after lunch senang nak sanitize tangan sendiri. 


Hope norma baru ni diteruskan sampai bila-bila sebab it's good actually bila people amalkan good hygiene practices. Yang jenis hat pengotoq tu pun bolehlah ubah attitude jadi pembersih. No more batuk or bersin without face mask sesuka hati. Tangan pun always bersih bila nak pegang apa-apa. But of course kita semua berharap Covid-19 dihapuskan dengan segera. Tahniah buat frontliners yang bertungkus-lumus mengekang jangkitan Covid19 sempai Malaysia become antara negara terbaik menanganinya. So, jangan lupa pakai face mask dan sanitize your hands always ok!


Misya : Kebersihan sebahagian daripada iman.

Tudung ala Faeza Elai

Salam. Rasanya tudung yang tengah hot dan viral sekarang adalah tudung bawal ala pelakon cantik Faeza Elai. Betul tak? Hehe. Sebab asyik lalu-lalang kat wall FB saya maka terjebak juga beli tudung ni. Last week try pakai, rasa best pulak. Maybe sebab kainnya lembut dan selesa walaupun labuh ala-ala Ustazah tapi tetap rasa bergaya. Plus saya rasa takdelah nampak macam Ustazah sangat pun kan?

Ok tak saya pakai tudung ni? Kat office Alhamdulillah semua kata ok sangat dengan saya. Saya pakai dengan inner neck keluaran d'Hunny. 

Hitam itu menawan.. Gitew!


Ada rupa Faeza Elai ke? hehe..




Kat mana saya beli tudung ni? Saya beli online from Harraz Style. Murah tau 6 helai RM100 sahaja! Saya mula-mula beli share dengan kengkawan office, sekali open order kat group whatsapp, berebut pula member nak share beli. Almost 10 batches saya jual! hehe.. 

Kebetulan hari yang saya pakai ni ada video shooting untuk my department. Kira hari bertuahlah saya terpilih as one of the 'actor' dalam video ni.




Nanti saya share behind the sceen pembikinan video tersebut. Back to the story, tudung ala Faeza Elai ni memang best! Saya sebenarnya takut nak pakai sebab wajah saya kurang sesuai bila pakai bawal. Nanti jadi bulat semacam. But after try this one, saya sangat puas hati. Plus kelabuhannya membantu saya tampak lebih slim. Haa giteww. Hahaha.. Ok siapa berkenan dengan tuan tudung bolehlah hubungi Harraz Style di SINI.



Misya : Saya bukan Faiza Elai tapi Misya Mengilai.

Monday, July 6, 2020

Hot Pepper Chicken by Subway

Salam. Dah lama tak makan Subway so last week ajak officemate, Kak Riz makan di Subway masa lunch hour di Galleria, Putrajaya. Tengok kat board kaunter dia ada menu baru which salah satunya adalah Hot Pepper Chicken. Saya kalau bab-bab pedas ni memang suka. So orderlah set Hot Pepper Chicken with drinks. Rotinya pula saya pilih Honey Oat.



Usually sosnya saya akan pilih cheese, mayonis and chili sauce. Plus wajib extra cheese! 


Dari segi rasa, not bad. Ada la rasa pedas-pedas sikit but if you choose blackpepper sauce maybe kepedasannya akan meningkat. Kira passed la untuk my tekak. hehe..

Saya memang suka order set terus senang sekali dengan air. But cookie tu beli berasingan. 


Lepak santai-santai di waktu tengahari Jumaat with Kak Riz. Sonok dapat berbual panjang after so long tak jumpa disebabkan saya cuti bersalin.


So, para peminat Subway bolehlah try this new menu. Overall saya bagi 3/5 stars for the Hot Pepper Chicken. Sebab saya expect memang betul-betul pedas. But still acceptable for those yang tak suka pedas. 


Misya : Pernah jadi 'bodoh' masa first time order Subway.

Hadiah Musical Piano Mat untuk Soffea

Salam. Last week, my superior Kak Afaf Ruhi bagi hadiah kat baby Soffea. Hadiah musical piano mat yang sangat cute. But yang over-excited dapat hadiah adalah kakaknya si Erina. Daripada awal nampak hadiah asyik pegang-pegang dan suruh mommynya bukak sebab nak main. Haha.. Tapi mommy berjaya mengawal keadaan. Last sekali kena sorokkan mainan ni. huhu

What is this, mommy?


Soffea masih belum faham lagi nak appreciate benda alah ni. hehe.. Tapi mata dia macam teruja tengok box warna-warni tu. Kena tunggu Soffea dah pandai berjalan baru boleh main la kot?


Walaupun Erina tetap cuba suruh mommynya buka mainan ni, tapi lepas pesan beberapa kali mainan ni adik punya, tunggu adik besar sikit boleh main sama-sama, Alhamdulillah dia faham.


Soffea tengok Erina pelik je. "This is mine ok!" hahaha...


Bukan taknak bagi Erina main tapi sebab mainan Erina sedia ada pun dah banyak. Erina lahir-lahir je memang murah rezeki orang bagi hadiah. Syukur mommy jimat takyah beli mainan lagi. hehe. So kasi chance lah kat Soffea ada mainan baru. Apa-apa pun terima kasih bebanyak kat kak Kak Afaf sudi bagi present kat Soffea. Disebabkan PKP takde sape datang visit Soffea sebab memang kami pun tak terima pelawat. So, Soffea takdelah dapat hadiah sangat. Ni pun kak Afaf bagi lepas saya dah masuk office semula. But its ok, hadiah tak penting sangat tapi doa agar anak-anak saya dilindungi dan membesar dengan sihat dan cergas pun saya dah syukur sangat-sangat. Moga murah rezeki Kak Afaf  dan anak-anak juga.


Misya : Mommy pun excited bila anak dapat hadiah.

Thursday, July 2, 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com


Click to join

Apa yang saya suka tentang blog Shida?

Antaranya adalah paparan blognya yang kemas. Maybe penggunaan warna biru menyejukkan pandangan bila masuk ke blog beliau. Yang best beliau ni blogger yang kreatif siap ada khidmat design blog lagi. Impress juga dengan hasil kerja beliau. :)


Misya : Teringin nak update design dan header blog juga.

First Giveaway By Nufaa


Click to join

First day at office after PKP dan cuti bersalin

Salam. After lebih 3 bulan Work From Home sebab PKP plus cuti bersalin, maka saya kembali bertugas di office bermula 1 Julai semalam. Tetiba rasa janggal plak bila masuk office. Terasa diri ini macam junior / budak baru masuk kerja. Haha..


Pagi-pagi on the way ke office hantar anak-anak dulu ke rumah pengasuh.  Actually 2 weeks before dah start hantar dorang untuk test flow dan keadaan dorang camne. Suddenly bila dah start kerja ni, sebak pula bila pandang wajah anak-anak. Sedih terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh kerana mommy mereka keluar mencari rezeki. Giteww.. Tapi okla masih terkawal. Masa 1st baby dulu, lepas hantar je BabyE, masa nak turun kat depan lif juga berjurai air mata. Huhu. 

So kali ni mommy lebih strong la. Hehe. Gitulah ya pengorbanan seorang ibu yang berkerjaya. Nak jadi suri rumah sepenuh masa, tak syok pula sebab saya sejenis yang suka bersosial means ada aktiviti dengan orang lain. If duduk di rumah walaupun busy melayan anak-anak, but jiwa saya bukan sebegitu. Masa PKP baru ni dah test, ternyata saya bukan ibu yang penyabar. Haha. Salute kat para baby sitters dan ibu-ibu yang bergelar suri rumah!

Kat office kebetulan ramai pula yang pakai baju warna dark blue. So apalagi bergambar lah kami beramai-ramai. Walhal tak berjanji apa pun. So, bermula kembali rutin saya as Food Technologist di KKM. TQ very much buat yang wish 'Welcome Back' kat saya. Hehe. Moga saya boleh menjadi ibu berkerjaya yang sukses as mother & government servant. 


Misya : Belum sampai giliran untuk naik pangkat. 

Giveaway by ejulz & mamapipie


Click to join

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...