Saturday, May 23, 2020

Wowpopia 3 rasa memang WOW!

Salam. For those yang tercari-cari kudap-kudapan yang bisa membuatkan korang ketagih, boleh try Wowpopia ni. Ada 3 flavours yang sedap-sedap dan sangatlah Wow! Hehe.. 

Ada perisa cheese, nestum dan oreo. Saya dah rasa ketiga-tiganya memang rangup dan cukup rasa flavournya. Anak saya si Erina pun suka makan wowpopia ni. Sebalang besar tu memang puas la makan. Silap-silap addicted and order berkali-kali! 

Actually popia ni homemade by cousin husband saya, Pali. So sebagai tanda support saya share kat sini. Bukan untuk bulan raya je tau, bulan-bulan biasa pun ada jual. Visit je ig wowpopia atau contact je nombor di bawah untuk tempahan. Walaupun PKP tetap sampai depan rumah dengan selamatnya. 

Misya : Mencari seller popia crab cheese.

Surprise for Ibu's Birthday!

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Ibu, Happy Birthday to you... 

Salam semua. Ahha pelik tak start je entry dengan lagu birthday? Just nak throwback 13th May 2020 yang lalu adalah birthday bonda saya yang tercinta. Usually every year kami celebrate sama-sama dengan potong kek. But this year tak dapat wat begitu due to PKP. Saya di Putrajaya, ibu saya di Seremban, Nismilan. Tak dapek lah nak merentas nogori. 

So this year, saya gunakan service Nithaaz Florist Seremban untuk bikin surprise for my mom sempena birthday beliau. 2 hari sebelum lagi saya dah deal dengan pihak Nithaaz. 

Alhamdulillah Nithaaz Florist berjaya merealisasikan birthday surprise untuk ibu saya. Memang benar-benar surprise sebab time ni ibu saya tengah tidur sampai snap gambar pun mata terpejam. Hihi..
Ini sahaja birthday present yang dapat saya berikan buat ibu tercinta kali ni. Hope ibu saya happy walaupun anaknya ni celebrate birthday beliau dari kejauhan. 

Tak sangka Nithaaz prepare surprise tambahan iaitu selempang dan crown for my mom. Thank you so much! 

In stead of bagi bunga, saya pilih coklat sebab bunga cepat layu. Coklat bolehlah dimakan. Hehe.. Jangan makan banyak sangat ya bu. Jaga kesihatan tau. Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir yang ke 64 buat ibuku tersayang. Semoga ibu ku dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Juga diberi kesejahteraan dunia dan akhirat. I love you, Ibu.. 

Untuk sesiapa di area Seremban tu bolehlah gunakan khidmat Nithaaz Florist ni. Highly recommended. 

Misya : Suka dapat hadiah.


Friday, May 22, 2020

BP Baryani by Ezz Caterer yang sangat mantap!

Salam. Hujung-hujung Ramadhan ni kadang taktahu dah nak masak apa kan? Even hari-hari biasa pun bosan nak masak. Thus, if teringin nak makan Nasi Baryani original recipe from Batu Pahat, Johor, uols patut try BP Baryani from Ezz Caterer ni. Honestly rasanya tersangat super marvelous lagi mantop! Adoi time menaip ni pun dah terliur. Haha..


My ex-schoolmate yang promote, so saya support biz beliau dengan mengorder biryani ayam dan kambing. Actually this Baryani is from Ampang. If kebetulan ada runner lalu tempat uols plus sanggup bayar delivery charge, bolehlah wat tempahan segera.

Bulan-bulan biasa pun ada but kena contact dulu to ensure dorang beroperasi ke tak. Tapi memang saya jamin, tak rugi if order! :)

Even my friend yang pernah order pun puji kemantapan nasi baryani BP ni. Nak servis katering pun boleh. Whatsapp je admin di nombor tertera di atas. 

Misya : Support biz kengkawan.

Resipi Cornflakes Madu Warna-Warni Yang Sangat Mudah

Salam. Diam tak diam tinggal sehari je lagi nak raya. Sebelum sibuk nak merendang esok, hari ni saya siapkan kuih raya paling mudah untuk dibuat iaitu Cornflakes Madu Warna-Warni. Saya share resipi yang saya cedok dari ibu saya, Mr. Google dan saya adjust sedikit ikut citarasa sendiri. Uols bolehla try last minute ni if taktahu nak wat kuih raya apa. Bahannya dan cara buat pun sangatlah simple even takde oven pun boleh buat. 

Bahan-Bahan
Cornflakes (jenama Kellogg's sebab teksturnya lebih nipis, tak keras sangat lepas bakar)
Buttercup (3/4 bar)
Madu (1/2 cawan)
Gula (1/2 cawan)
Sedikit esen vanilla
Ceri (Hijau/Merah/Both- terpulang)
Chocolate Rice (Untuk hiasan, taknak takpe)
Papercups

Cara-Cara Membuatnya

1. Cairkan butter, gula dan madu dalam kuali sehingga gula cair sepenuhnya. Titiskan sedikit esen vanilla untuk menambah aroma.
2. Masukkan cornflakes dan ceri, then gaul sehingga semua bahan rata. 

3. Transfer ke dalam bekas lain, susun papercup atas tray. Time ni bolehlah panaskan oven suhu 140°c dalam 10-15 minit.

4. Sudukan cornflakes tadi ke dalam papercup. Dan taburkan chocolate rice sedikit sebagai hiasan. Time ni kadang banyak masuk dalam mulut sebab sedap. Hehe.. haipp waktu siang di bulan puasa jangan ngap pulak! ;)

5. Then bakar dalam oven bersuhu 140°c - 160°c dalam 10 minit. Bergantung pada jenis oven. Jangan terlalu lama, takut hangus cornflakes tersebut. Takde oven? Boleh je bakar atas dapur gas, lapik dengan tudung periuk. Wajib dibakar untuk makesure cornflakes tak cepat lemau. So bolehlah tahan dalam sebulan raya camtu.

6. Dah siap bolehlah dihidang untuk tetamu or diri sendiri. Almaklum sekarang musim pkp, tak boleh nak beraya sangat. Hehe..


Misya : Tiada kaitan dengan kehidupan orang yang bermadu. 

Tuesday, May 19, 2020

Basque Burnt Cheesecake Homemade Premium Quality

Salam. Siapa peminat cheesecake area Banting dan sekitarnya, this is recommended seller! Honestly Basque Burnt Cheesecake from here super marvelous dengan kualiti premium. Actually seller ni one of my contract officer kat office saya dulu. Kebetulan musim pkp ni plus bulan Ramadhan, beliau pun start this cheesecake project. Saya try order bcos kebetulan runner beliau lalu area Putrajaya. 


What is so special about this cake is boleh pilih nak letak topping caramel @ chocolate @ both. Topping pun homemade tau. So thats why bila makan cake ni terasa premiumnya. Simpan dalam fridge, masuk je mulut wow terus rasa macam di syurga. Hehe.. (Overclaim?) Haha..
But memang sedap cheesecake ni. Bolehlah roger contact number di bawah atau riki-riki her facebook account Siti Balqis. But I'm not sure if after Raya ni, Balqis will proceed this project or not. Kena roger-roger beliau dulu k. 

Misya : Cheese lover tapi takut gemuk.

Sunday, May 17, 2020

Foldover by McDonalds for Ramadhan special is super marvelous!

Salam. Sorry if entry makanan di tengahari bulan puasa ni mengganggu. Hehe. But untuk berbuka nanti if takdak idea nak makan apa, korang patut try makan Foldover from McDonalds ni. Last year saya try, terus fall in love and this year McD keluarkan semula, memang saya mencarilah. Alang-alang dah habis pantang bersalin kan.. Dapat juga makan. 

Ada 2 jenis foldover ni. Chicken or fish. Last year saya makan yang chicken, memng sedap gilers. This time saya try fish punya. Pon sedap! Size nya pun besar boleh makan 2 orang. Sebab saya sendiri terpaksa share with my husband. 


So uols should try this foldover sebab dia keluar hanya bulan Ramadhan only. Kira kena lah tema nya ala-ala Kebab or Shawarma style Arabian gitu. Macam Properity Burger yang hanya keluar time Chinese New Year. Cepat dapatkannya sebelum terlambat!

Misya : Garlic Sauce in Shawarma is the best sauce.

Happy Teacher's Day for me?

Salam. Semalam 16 Mei 2020 adalah Hari Guru. Rasa belum terlewat nak wish Happy Teacher's Day to all teachers, lecturers, coaches, mentors, trainers and etc. Especially yang pernah teach, guide and support me in every thing i did until saya boleh jadi manusia berguna kini. Even dalam kalangan my family and family in law pun ada yang bergelar guru. Moga dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan..

Alang-alang ni saja throwback masa saya jadi speaker untuk salah satu slot dalam Kursus Wajib Tenaga Pengajar last year di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang KL. Dihadiri oleh 30 orang participants yang bakal jadi trainer untuk latihan pengendali makanan seluruh Malaysia. 
Masa ni saya tengah pregnant around 6 months. Nasib baik slot 2 jam je but mengah jugalah bercakap sambil bawak perut. Haha..
But sis berjaya sorok sikit perut. Ahakss.. 

Walaupun tak dapat jadi seorang 'teacher' kat sekolah but still boleh jadi 'teacher' untuk kerjaya as food technologist. Sharing knowledge yang ada untuk mereka yang memerlukan. So bolehlah sis dapat wish Happy Teacher's Day juga kan? Haha over la sis ni! Hope ada peluang lagi bagi talk in future sebab sis suka bercakap dengan mic. Hehe.. 


Misya : Tiada bakat menyanyi.

Saturday, May 16, 2020

Semperit Gebu Gebas by Kak Pah

Salam. Sedar tak sedar dah nak raya yer? Cuma this year beza raya nya sebab ada PKP. But for me, raya tetap raya walaupun tak dapat balik beraya ke rumah parent. So, kuih raya wajib kena ada. Wat kudap-kudapan nanti. Ada yang saya wat, ada yang dibeli. Salah satu saya beli adalah biskut semperit ni.

To be honest, this is semperit super gebu pernah saya makan! Serius tak tipu. Beli from Kak Syifa, one of rakan setugas di KL. Sanggup anta sampai depan pintu nak bagi saya rasa semperit gebu gebas hasil tangannya. Ternyata memang seperti yang diwar-warkan, memang gebu gebas! 

Husband saya yang tak berapa gemar biskut raya pun puji semperit ni 'PADU'! Silap-silap belum sampai raya habis jugak ni. Patutlah Kak Pah kata tak cukup nanti order sebekas je. Haha.. 
So korang wat kuih raya tak tu? Nak order rasanya tak sempat dah. Almaklum kurier servis pun sangat pack. Plus nanti hancur je biskut raya tu. Apa-apa pun, stay at home tau. Selamat bersemperit! Eh sorry, Selamat Berhari Raya in advance. 

Misya : Skill masak lauk melebihi skill wat kuih muih. 

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...