Wednesday, January 30, 2019

3 Januari 2019 || Happy 1st Birthday Dhiya Sherina!

Salam. Pejam celik pejam celik dah setahun usia anak saya, Dhiya Sherina a.k.a BabyE. Birthday dia 3 January hari tu. Tapi mommy nya baru nak create entry. huhu.. 1st birthday babyE, kami celebrate simple je with her mommy and daddy. 

Masih segar dalam ingatan, sehari sebelum bersalin, saya dah mula rasa contraction tapi saya tak tahu pun itu adalah contraction! haha.. Sebab rasa dia macam senggugut gitu. Masih drive pergi office bekerja seperti biasa. Daripada sejam sekali makin lama makin kerap jadi setiap setengah jam tapi tak berapa kuat sangat. Siap malam tu request kat husband nak makan burger Ramlee ayam special. haha.. Bila tanya kengkawan kat wasap group barulah tahu saya sebenarnya dah mula alami contraction!

Jam 3 pagi mommy bangun pi toilet tengok dah ada tanda bleeding sikit then terus kejut daddy Erina ajak pi hospital. Yang lawaknya, disebabkan terlalu mengantuk, my husband siap respon esok pagi tak boleh ke? hahaha.. Teringat pesan nurse masa chekup, if ada tanda je kena terus gi spital. Sebab saya dah la 1st pregnancy, ikhtiar macam-macam untuk dapat baby, so taklehlah tangguh-tangguh gi spital. 4.00 pagi admit, tengahari jam 1.00 pm bukaan dah 4cm, terus kena masuk labour room.

Tunggu lah contraction makin lama makin kuat. Masa ni la saya menggunakan segala ilmu di dada untuk menahan sakit contraction. Nasib bek pi class belajar camne nak kawal pernafasan semua tu. Sampai nurse pun pelik, nape muka saya tak berkerut langsung. Siap tanya banya kali, "tak sakit ke puan?" Dalam hati memang sakit tapi saya taknak sakit tu menguasai diri sampai jadi panik. Anggap sebagai penghapus dosa.:) Dijangka bersalin jam 10.00 malam tapi babyE dengar daddy cakap-cakap dari luar perut suruh keluar cepat, Alhamdulillah jam 8.35 malam, babyE selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 2.83 kg. Fuh lega... hehe..

Syukur Alhamdulillah penantian selama hampir 5 years memberikan kebahagian buat saya dan husband dengan kehadiran cahaya mata pertama kami. Tak sangka dah setahun dah babyE. 


Birthday 1st Erina, kami celebrate simple je. Beli 2 potong kek dari secret recipe, letak lilin then potong. hehe.. Sampai senget-benget kek kejadiannya! haha.. 

Last-last mommy and daddy juga yang kena habiskan kek tu. Erina so far dia macam tak suka sangat benda-benda manis. Sejak 6 bulan memang tak ajar sangat makan makanan manis kat Erina. Kalau bagi pun berkerut-kerut muka dia tanda tak suka. Bagus juga hopefully sampai besar lah dia tak minat benda manis. huhu..


Sebelum tu sempat lah gi makan kat Kenny Rogers. Nak celebrate bufday Erina la katanya. Dapatlah makan sedap ckit ye. huhu.. Walhal mommy and daddy nya yang nak makan!

To Erina, mommy dan daddy doakan semoga Erina membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. I know you will become a good girl, a good daughter and a good Muslimah. Mommy and daddy love you so much!


Misya : Teringat jasa dan pengorbanan ibu ayah sendiri melahirkanku.


Sunday, January 20, 2019

Lychee Sundae McD terlalu manis?

Salam. Now dekat McDonalds tengah promo aiskrim sundae dengan topping perisa lychee. Dah pernah rasa ke uols? Saya memang suka try setiap kali McD keluarkan aiskrim flavour baru. Latest  is flavour laici ni. Tengok poster nampak menarik sebab warnanya pink. I love pink! hehe.. SO wajiblah try ye dop?



Actually husband saya yang belikan aiskrim ni. Mula-mula saya tak tahu perisa apa sebab masa try 1st time ingatkan flavour pink guava. Rupa-rupanya laici. Yela tak aspect la laici sebab buah laici kan warna putih. 

Pendapat saya kali ni flavour laici ni agak kurang menyengat berbanding perisa lain. Plus rasanya agak manis compare dengan perisa lain macam orange/banana/durian. 

For me, sekali rasa enough la. Kalau flavour lain biasanya saya nak makan beberapa kali. This one, sekali cukuplah. Maybe saya bukan penggemar buah laici kot. Tapi kalau makan kat restoran selalu je order air laici. Hahaha gedixxx! But for those memang suka dengan laici, perisa ni memang sedap cuma terlalu manis untuk saya. 



Misya : Saya terlalu manis untuk aiskrim ni.:p 


Shopping with ayahbonda, jangan berkira dengan mereka..

Salam. Sesekali saya akan spend weekend time dengan my parent. Yela saya nak bawa mereka vacation ke tempat mewah belum berkemampuan lagi. But at least saya tak lupa jenguk dan habiskan masa dengan mereka. Kadang-kadang saya bawa dorang gi shopping. Seronok tengok my parent happy bila dapat shopping dengan anaknya. Dorang nak beli apa, amik jela. Yela masa kecik-kecik dulu apa saya nak, dorang cuba belikan walaupun dorang sangat susah masa tu. So sekarang saya dah dewasa dan dah ada pekerjaan yang baik, why not saya pula spend time and money for them pula, rite? Entry ni saya create sebagai kenang-kenangan for us in the future. :) 

My mom pun suka bergambar macam anaknya juga. Haha.. Pantang ada camera cepat-cepat dia pun nak masuk. hehe


Happy saya tengok dorang masih bersama-sama menikmati hari persaraan. Almaklum both of them pesara kerajaan. Alhamdulillah mereka sihat walafiat. Dan semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat mereka. 

Sesekali anak bagi chance dorang dating berdua. Anak jadi stalker. hehe.. 

Ayah saya ni dari muda lagi kalau masuk mall or mana-mana pasaraya, bukan main laju berjalan kekadang cari barang sampai kitorang tercari-cari. Macam lipas kudung. haha.. 

After shopping biasanya saya bawa dorang gi makan pula. Yela bukan selalu dapat spend time dengan dorang. 


Apa-apa pun sebagai anak, saya tahu jasa ayahbonda takkan terbalas. So tiap kali balik jenguk my parent, memang saya sehabis mungkin taknak dorang keluarkan 1 sen pun untuk saya, suami dan anak. Biarlah kadang saya sendiri pun tengah 'kering' tapi so far Allah sentiasa permudahkan bila niat kita baik. Jangan berkira dengan ibu ayah kita especially bab duit because mereka tak pernah berkira dengan kita bukan dari segi duit, tapi dari segi kasih sayang, tenaga, jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Ada masa, luangkanlah dengan mereka selagi mereka masih ada. Love you so much Ibu dan Ayah... :)



Misya : Lebih memahami kasih sayang seorang ibu selepas bergelar ibu. 

Seriusnya Erina Belajar Membaca!

Salam. Sejak dari usia 3 bulan lagi saya dan husband dah dedahkan babyE dengan aktiviti membaca. Masa awal usia babyE saya gunakan flash card. Hopefully dapat membantu perkembangan otak babyE dan belajar membaca dengan cepat. Bila dah besar ckit ni selalulah daddy nya luangkan masa membaca buku dengan babyE. Tapi yela dah nama pun baby, mula-mula je dia fokus, lepas tu banyak main je. haha.. Kelakar pun ada bila tengok gelagat babyE membaca dengan daddynya. 

Mula-mula daddy dia open book depan dia, terus dia fokus tengok book. Cewah! Gaya macam tahu je nak baca buku tu. Style duduk like a boss!

Serius ok! haha.. Gaya macam kena study hard untuk lulus exam. hihi.. Daddy nya siap wat lawak kata nanti SPM Erina kena skor straight As so dats why kena belajar membaca. haha... Geram nengok dia wat muka stress gitu. Grrr...

Lama-lama dia bosan, boleh plak dia gelak-gelakkan daddy dia tengah membaca. Pastu mulut bising sibuk nak borak-borak ngan mommy pula.


Tengoklah tu, tak fokus dah dia. Daddy masih teruskan pembacaan. 


Last-last dia cium nya buku tu! hahaha... Pelik agaknya apa lah permainan yang daddy dia main dengan dia tu. Mommy ketawa je tengok gelagat Erina. Hai la anak.. 

Beginilah kami spend time dengan babyE kat rumah. Bukan nak paksa sangat supaya babyE cepat membaca but at least ada pendedahan sejak dari awal. Plus nak bagi quality time untuk anak. Moga Allah permudahkan urusan pembelajaran babyE dan jadi anak yang bijak dalam pelajaran. Mana tau dah besar kot Erina leh join rancangan Clever Girl? hahaha...


Misya : Membaca jambatan ilmu.

Monday, January 14, 2019

Update Segmen Bloglisted 2019 by Misya


Salam. Alhamdulillah tamat sudah simple segmen pencarian bloglist saya sempena menyambut tahun 2019. Terima kasih kepada yang sudi menyertai segmen ni. Walaupun takde hadiah gempak-gempak untuk direbutkan tapi uols sudi luangkan masa dan tenaga menaip entry untuk join this segmen. Tq tq tq so much! So seperti yang telah dijanjikan, blog anda semua telah disenaraikan di bloglist saya (belah kanan) di blog ini. Hope dapat membantu meningkatkan trafik uols. Moga ukhuwah antara kita terus terjalin. Maaf lambat update sebab agak sibuk dengan tugas di office dan di rumah. Love uols!



Misya : Senarai putih.

Friday, January 11, 2019

Natrabu Minang Restaurant tak berapa nak 'Minang'?

Salam. Untuk para penggemar masakan Minang/Padang, uols try la makan di Natrabu Xpress, Nadi 15 (Presint Diplomatik), Putrajaya. Saya rasa kat Putrajaya ni, restoran Natrabu ni restoran masakan Minang yang pertama dibuka if tak silap. Saya yang memang berdarah keturunan Minang ni memang excited bila ternampak restoran ni mula-mula dibuka. 3 kali kot saya gi baru dapat makan kat sini. 1st time datang lunch hour hari Jumaat, restoran tutup sebab solat Jumaat. 2nd time datang parking takdak! huhu.. 3rd time datang dengan officemate Kak Riz barulah dapat makan kat sini. 

Seperti biasa kalau datang restoran Minang mestilah makan nasi Padang.

Style sini kena order melalui menu yang disediakan. So kita just pilih jela lauk mana kita nak. Kalau kat Indonesia, kita datang-datang je terus dihidangkan macam-macam jenis lauk atas meja. Yang taknak makan kalau tak diasingkan kena bayor! hehe

Ini memang favourite utama saya! Jus alpukat a.k.a avocado. Saya jatuh cinta dengan alpukat ni masa mula-mula try minum kat Bandung, Indonesia. Sekali rasa terus wow! Fresh lemak berkrim disukai ramai! hehe

Inilah hidangan kami.. Nampak sangat menyelerakan?



Lauk utama kalau datang restoran Minang mesti kena ada rendang daging Minang ni. Cuma kali ni saya rasa  rendang ni macam tak berapa nak 'Minang' sangat. Sampai Kak Riz kata rasa dia macam rendang tok. So saya agak sedikit frust sebab memang tak 100% rasa rendang Minang. Hope tukang masak dapat improve masakannya. Saya orang Minang which saya boleh rasa makanan orang Minang tu camne. 


Tempe dan terung balado sebagai lauk tambahan.

Additional, kuah gulai (which orang Minang panggil Kalio). 

Ahha jangan dilupakan sambal hijau ni! Hanya restoran Indonesia sahaja yang ada sambal gini. Marvelous!


Restoran ni baru je dibuka. So maybe dalam penambahbaikan lagi. Especially dari segi pengetahuan pekerja tentang masakan Minang ni. Saya tanya lauk 'Kalio' pun tak pernah dengar. Yang paling worse bila keropok pahit 'Belinjo' tu takde! Digantikan dengan keropok udang. Allahuakbar.. Come on, keropok belinjo ni wajib ada ok if makan masakan Padang. So tak berapa Minang sangatlah restoran ni. huhu.. Maybe sebab nak ikut tekak rakyat Malaysia agaknya kot.. Atau dimodenkan sedikit supaya ngam dengan tempat/kawasan ni. Erm..


Suasana restoran selesa dan bersih. Bolehlah datang ramai-ramai makan kat sini.

Natrabu ni actually antara restoran masakan Padang yang dah lama beroperasi. Ada banyak cawangan di Malaysia. 

This is us.. Dari segi layanan pekerja ok sangat cepat. 

Overall puas hati la makan kat sini cuma feel keminangan tu agak kurang sedikit. Makanan sedap. Plus jus alpukat tu memang terbaik!



Misya : Poghut den alah litak..


Sunday, January 6, 2019

Nasi goreng air tangan ayahanda tercinta..

Salam. Sejak my mom patah tangan hari tu (Boleh baca entri INI), ayah saya lah yang take over tugas di dapur. Cuti tahun baru hari tu saya pulang bercuti ke rumah parent saya di Seremban, N9. So dapatlah merasa air tangan ayah saya setelah sekian lama tak merasa. huhu

Nasi goreng plus telur dadar. Sedap sangat ayah saya masak. Sekali-sekala anak menantu cucu balik, seronoklah dia dapat jamu kami makan. My mom masih belum sembuh sepenuhnya tangan yang patah tu. Walaupun simen dah tanggal tapi belum 100% pulih. Kena ulang-alik spital untuk sesi fisioterapi. 

Simple je menu untuk kami masa 1st day sampai uma my parent. Oklah kan? Ayah saya dah berusia 60an but still masih ada skill di dapur. Alhamdulillah ayah masih sihat dan boleh jaga my mom. Moga ayah diberi kesihatan berpanjangan. Amin..

Untonglah my mom dapat husband pandai masak nasi goreng. hehe.. Actually ayah saya ni memang ada bakat memasak. Bcos arwah atok nenek dulu pun meniaga jual Nasi Padang kat Kampung Baru, KL. So sedikit sebanyak ada lah tempias bakat di dapur tu termasuklah kat saya. Ahakss.. Apa-apa pun bukan selalu dapat merasa air tangan seorang ayah kan? Alhamdulillah saya masih berpeluang merasa masakan ayahanda tercinta. Buat yang masih ada ayah, hargailah mereka. Love you, Ayah!:)



Misya : Baru faham selepas bergelar seorang ibu.

Friday, January 4, 2019

Bumblebee vs Aquaman | Mana lagi best?

Salam. Dah lama tak movie marathon. Ada peluang ambil cuti pastu anta anak ke pengasuh, so layan 2 movie sekaligus with hubby. Sesekali mommy and daddy Erina pun nak me time juga. huhu. Syok time cuti Krismas baru-baru ni banyak movie menarik ditayangkan. So saya and husband pilih nak tonton filem Bumblebee dengan Aquaman. Husband memang peminat tegar Transformers so wajiblah kena tengok Bumblebee. Saya plak memang suka filem-filem superhero ni, so Aquaman jadi pilihan.

Sebelum masuk panggung kasi pose ckit kat backdrop Bumblebee ni. Nak senang, booking terus tiket online kat GSC. Takyah beratur kat kaunter nak beli tiket. Kali ni saya dan husband pilih nak tengok movie kat IOI City Mall, Putrajaya. 1st time tengok wayang kat sini. Sebab bese tengok kat Alamanda. Sesekali tukar citarasa.


Backdrop Aquaman pun ada!


Wefie tu penting. :p

Ok bukti pi tengok wayang. Hehe..




Ok which one yang best? ;) Personally saya nak katakan Aquaman lagi best daripada Bumblebee. Hehe.. Sebab? Bumblebee punya storyline dia agak ringan compare dengan siri Transformers yang lain. Maybe memang target audien dia kanak-kanak so story dia tak heavy sangat. Mengisahkan Bumblebee masa mula-mula datang ke bumi. Dijaga oleh seorang remaja perempuan ala-ala tomboy. Ada lawan-lawan sikit. Cuma kurang adventure. Ini pandangan saya lah sebab saya memang follow Transformers daripada dulu. Bila tengok Bumblebee ni rasa story dia ringan. Biasa-biasa saja. Saya bagi 3 bintang.


Aquaman? Seriously uols patut pi tengok! haha.. Sebab daripada awal cerita dia penuh dengan debaran, emosi, aksi dan sebagainya. Sampai rasa tak bernafas pun ada! Dahla 80% story dia dalam air laut. Memang mantap lah dia punya sinematografi. Husband saya pun saya kagum dan rasa terpukau bila tengok betapa indahnya hidupan di dasar lautan. Heronya Jason Momoa memang style la dan sesuai bawa watak Aquaman ni. Adaptasi dari cerita bersiri lama iaitu Man of Atlantis. Antara filem superhero yang lain daripada yang lain. Saya bagi 4 setengah bintang.



Misya : Avengers tetap di hati.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...