Salam semua. Pernah tak ada kucing ikut uols balik ke rumah? Yang suka kucing mesti happy. Yang tak suka tu confirm awal-awal dah halau. Hehe. Baru-baru ni ada sekor kucing warna oren follow saya balik ke rumah. Kucing ni memang dah lama berkeliaran area blok rumah saya ni. Entah nape that night boleh terserempak dengan kucing ni dalam lif!
Masa tu saya baru balik dari jumpa kawan kat lobi. Masa nak naik ke rumah, buka je lif, aik si oren ni elok je duduk dalam lif tu. Aduhai dah melting dah time tu.
Saya suruh dia keluar, dia tak mahu. Pelik, camne kucing ni boleh masuk dalam lif. Then boleh plak dia duk diam dalam gelap (sebab lif kalau takde orang naik akan auto padam lampu). Buka je pintu lif, lampu menyala terus nampak dia. Saya pun masuk jela.
Dia duk mundar-mandir gesel-gesel kat kaki saya sambil mulut bising mengiau. Huhu. Geram pun ada sebab badan dia agak berisi dan berotot. Rasa nak picit-picit je. hehe
Tengok tu punyala manja! Walhal dia ni kucing jalanan which besenya bukan jenis friendly. Muka nampak garang agak comot but still cute.
Dah sampai level rumah saya, saya keluar dari lif, dia pun ikut sekali! Alamak.. Nak wat camne ni? Huhu. Hubby tak suka bela kucing walaupun dia suka main ngan kucing. Ngamuk karang if dia tahu.
Sampai depan pintu rumah dengan selamba je dia landing atas alas kaki depan pintu! Aduhai.. Siap buat muka comel dia like puss a cat, cair bair hati ni..
Dia macam nak masuk dalam rumah sebenarnya sebab bila saya pegang je tombol pintu terus mata dia pandang pintu. Serba-salah dibuatnya. Panggil husband, masa tu dia tengah mandi pula.
Last-last saya biarkan saja. Tunggu dalam beberapa minit dia masih lepak depan pintu rumah saya. Menggeliat kecomelan. Nak bagi makanan kucing semua dalam kereta. So kena turun bawah. Lastly, saya keluar balik dan panggil dia masuk lif semula.
Sampai bawah saya ambil makanan di kereta dan panggil dia makan. Sejak dari tu, saya namakan dia Oyen. Almost setiap petang bila balik kerja, Oyen dah tunggu kat parking kereta sebab nak makan. Hope Oyen sentiasa jaga diri. Tak main tengah jalan atau bergaduh. Love you Oyen!
Misya : Oyen, a street cat.