Friday, August 8, 2014

Kad Raya dari blogger irrayyan.com dan duniazumal...

Salam.. Yeay dapat kad raya! Rasanya dah lama tak dapat kad raya. Almaklum sekarang canggih sume pakai sms/wasap je anta ucapan raya. Tapi rupanya bila terima kad raya ni dia akan rasa lebih bermakna. Cuma disebabkan masa membataskan tak sempat nak tulis dan pos kan kad raya.. Tapi tahun saya terima 2 kad raya daripada rakan blogger. Hasil join segmen dorang. Tq so much!^_^


Daripada irrayyan.com 



TQ so much atas kad ucapan Raya ni. Memang dah lama saya tak terima kad raya. So rasa special juga la. Ngeee... Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat mereka.. Maaf Zahir dan Batin..


Misya : Business card pun penting.

Kena catwalk on stage? Contestant pakaian raya tercantik!

Salam.. Huhu baru-baru ni sambut raya dengan biz partners kat Elken, tetiba terpilih untuk tercalon dalam pertandingan pakaian raya tercantik. Adoi dah lama tak kena benda-benda gini. Maka naiklah stage untuk menggayakan pakaian memasing. Yang paling best kena catwalk tapi bukan catwalk biasa-biasa. Kena berlakon konon-konon catwalk camne nak bersalam mohon maaf depan mak ayah! Adoi.... Kalau suh catwalk ala-ala model muslimah tu memang takda hal. Huhu tapi sebab kena sporting, buat sajalah. Saja mahu enjoy-enjoy..

Semua yang tercalon.. Cun-cun semuanya..=) Pemenangnya Baba Maembong yang tudung hijau kuning tu. Awek Chef Rizz (anak Chef Wan) tuuu...;)


Walaupun tak menang tetap dapat hadiah saguhati.. Elmarino Blanc, the best collagen drink 4eva! Sponsored by jutawan Elken...


Nak tengok betapa happeningnya majlis raya ni, boleh terjah SINI. Syoknya raya with Elken!=)

Misya : Lama tak pakai high heels.


Segmen: Nostalgia Aidilfitri 2014 by Mawar Putih

Salam.. Masih mood raya lagi? Haa jom join segmen ni..:) Klik banner ya!


Kenangan raya saya? Huhu takde apa sangat yang menarik. Cuma tahun ni lebih bermakna sebab beraya bersama suami dan family mertua. Bertambah lagi senarai ahli keluarga.:) Apa-apa pun setiap kali raya pasti memberi kenangan manis.

Tag : Syuhada Salleh, Syira Lokman, Sally Samsaiman


Misya : Tahun depan raya dengan anak?

Segmen Bloglist August irrayyan.com

Salam semua. Jom kita join segmen bloglist ni! Klik banner ya..


Misya : Sambung blogwalking.

Wednesday, August 6, 2014

Tasbih elektronik, hadiah dari kakak ipar tersayang..

Salam.. Wah bestnya dapat hadiah daripada kakak ipar tersayang. Saya jarang dapat bertemu beliau sebab beliau bertugas di Pantai Timur. So jarang dapat balik KL. Tapi raya tahun ni dapat beraya dengan beliau. Tak sangka beliau hadiahkan saya tasbih elektronik ni. Sangat nice warnanya purple. Actually Alhamdulillah since kahwin. my husband terapkan amalan berzikir sepanjang masa. TQ so much wat Kak Long for this simple gift tapi sangat bermakna.:) InsyaAllah akan teruskan amalan berzikir. 

Sekarang ni dah lebih mudah. Tanpa tasbih yang biji-biji tu pun kita boleh beribadat. Tasbih elektronik hanya selit je celah jari dan dengan hanya tekan button besar tu anda boleh berzikir dengan mudah sebab bilangan zikir anda akan keluar pada skrin.:)

Boleh beli banyak-banyak dan hadiahkan pada kawan-kawan dan family. Lebih bermakna berbanding belikan gajet. Huhu.

Mudah kan? SO tiada alasan untuk kita berhenti mengingati Allah swt setiap masa.:)

Kalau sape-sape nak beli bolehlah hubungi no fon tu ya..:) Sama-sama kita kaya di dunia dan akhirat.


Misya : Tak perlu tunggu birthday nak bagi hadiah.

Dapat juga tonton telemovie Hantu Selfie!

Salam semua.. Raya ketujuh baru ni Astro ada siarkan 1 drama telemovie bertajuk Hantu Selfie lakonan Zizan dan Emma Maembong. 1st time tengok iklan tentang drama ni saya teruja dan tak sabar nak tonton. Almaklumlah sekarang memang tengah musim giler berselfie! Huhu.. Tapi sayangnya pada hari yang dijanjikan saya terlepas peluang nak tengok! Huhu.. Kaciwa juga rasanya. Tunggu-tunggu kot ada tayangan ulangan ke kan tapi still takde. 

Disebabkan teringin sangat nak tengok cite ni maka try search dalam YouTube, akhirnya ada juga orang upload full movie! Yahooo happy sesangat! Hehe.. Jom sama-sama kita tonton drama seram komedi ni...;)



Mengisahkan Zizan yang gila berselfie tak kira masa dan tempat, akhirnya menemukan nya dengan roh seorang gadis lakonan Emma Maembong yang ingin menuntut bela atas kematiannya selepas dibunuh. Nak tahu apa kesudahannya? Kenalah tengok.. Huhu...




Misya : Gila selfie raya.

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Salam.. Lagi 1 segmen yang wajib disertai! Jom jom jom klik banner!



Misya : Reunion sekolah time kahwin.

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

Salam.. Jom join segmen sempena Raya ni! Huhu.. Klik banner untuk tahu syarat-syarat penyertaan...:)



Misya : Dah tak dapat duit raya.

Riang Ria Raya with biz partners CBP Plus!

Salam semua.. Wah meriahnya raya tahun ni.. Syukur Alhamdulillah tahun ni dapat beraya dengan rakan-rakan bisnes CBP Plus tersayang di Elken! Tahun lepas saya beraya dengan beberapa orang sahaja rakan bisnes. Tapi tahun ni sampai ada yang tak kenal pun takde! huhu.. Sangat-sangat luar biasa happeningnya.. Jom tengok saat-saat kegembiraan kami beraya di Elken!

Sedondon biru.... 

Menanti rakan-rakan business kami tiba ke open house leader tersayang jutawan MCCM HadieJosie..

Rajinnya incik suami membantu...

Susun elok-elok ya kerusi tu...


My hubby with jutawan MCCM Abg Mael.. Always inspiring us!

We are ready! 

My fighter, Tengku.. 


Yeahhh dapat makan sedap-sedap!

Me with Aisya, Aina, Kak Bib dan Kak Siti Aminah.. All my fighters! 

 Hidup wanita! Hehe..

Radzi from Shah Alam... Sebelum datang dah excited sebab rindu kat Elken!


1... Elkenian! Hehe.. My hubby with Azlan, our new fighter.


Alololo tomey nya leader saya bakal jutawan Kak Ena..


Borrow power leader tersayang Abang Boy..

Welcome guys.. Pushpa, Azlan dan Iskandar... Sangat sporting!


Ok tiba menjamu selera!

Serius lemang dan rendang sangat sodap!

Siap ada competition makan lemang terpantas!

Pertandingan anyam ketupat.. Yang menangnya orang lelaki! Huhu..

Sempat sharing CBP Plus dengan orang baru, Ika dan Mukram. :)

My fighter Kong & Aysraf..

Selfie time!! 

Our family photo...:) 

Kaya raya di Hari Raya! Oh yes!!!

Sangat meriah kan? Hope bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang. Apa-apa thank so much untuk jutawan MCCM HadieJosie yang mengadakan majlis ni. Dapat rapatkan lagi silaturahim antara bisnes partner kami. Ada yang dah lama join tapi baru je kenal. Ya Allah hai syukur sangat-sangat bisnes semakin berkembang.. Ini baru sedikit rangkaian kami yang dapat hadir. Kalau ada semua memang tak muat kamera! Hehe... Salam Aidilfitri buat bakal-bakal jutawan.. Maaf Zahir Batin if ada salah silap ya. Kosong-kosong...^_^



Misya : Cantik, sihat, kaya dan bergaya di Hari Raya.

Jom terokai rahsia Mudahnya Menjemput Rezeki...

Salam semua.. Good morning!!!=) Still mood raya lagi? Huhu.. Udah-udahla tu.. Jom cari rezeki... Raya hari tu ramai dah pokai kan? Almaklumlah nak bergaya sakan di hari raya.. Huhu.. Semalam jalan-jalan kat MPH Alamanda ternampak 1 buku menarik yang dah lama saya cari. Buku ni agak femes dan ramai yang dah baca. So, teringin juga mahu membacanya.. Mudahnya Menjemput Rezeki.. Karya Fathuri Salehudin.


InsyaAllah senang rezeki dijemput. Apa beza menjemput rezeki dengan mencari rezeki? Ahha, itulah rahsia yang akan dikupas dalam buku unik ni. Siapa yang belum ada, try la beli. Sangat bagus buku ni sebab tengok tajuk je dah tahu banyak ilmu dan tips boleh didapati daripada buku ni. Almaklum kadang dalam kita mencari rezeki terlupa sesuatu untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah swt. Kaya-raya bukan sahaja di dunia tapi di akhirat juga.. Jom baca!=)



Misya : Pernah ada hobi membaca novel.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...