Monday, April 14, 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Salam.. Memang saya ternanti-nanti segmen ni sebab banner nya sangat comel. Masa penganjur war-warkan pun memang saya dah ready nak join. Huhu. Jom tekan banner untuk join!=)



Misya : Nak jadi comel juga.

Thursday, April 10, 2014

Wajah 'anak' saya ke ni?

Salam semua... Mostly daripada kita suka tengok wajah bayi kan? Sebab baby memang tersangatlah comel.. Entry kali ni special edition sikit. Sebab saya nak tampilkan wajah 'anak' saya! Hihihi...;))) Ooppss actually bukan anak saya tapi inilah wajah saya semasa bayi! Amacam? Comel tak?

Tahu ni usia saya berapa? Baru 1 bulan.. Sudah masuk kamera gitu.... Pipi tembam rasa macam nak cubit! Macam tak percaya je rasa this is me...^^

Dah besar sikit dalam usia beberapa bulan sudah pandai posing dan ketawa depan kamera!

Gambar tak berapa clear.. Alolololo tomei! Masa saya dilahirkan memang saya tiada rambut a.k.a botak. huhu.. So masa nak cukur jambul memang complicated sampai tok tok imam tak tahu nak gunting jambul mana sebab takde rambut! Last-last acah-acah jela macam cukur jambul.. Hehe.

Tengoklah tu.. Pantang nampak kamera! Patutla dah besar jadi model. Wakakaka...

Dalam walker pun sempat nak posing dengan semangatnya.. Baru nak belajar berjalan gitu..


With ayahanda tercinta.. Ensem jugak ayah saya neh. Patutlah ibu saya terpikat. Wakaka... 

If saya dah ada anak nanti camne la ya rupanya ya? Belah suami saya ada kacukan Bugis dan Penang. Belah saya campuran Minang dan Jawa. Wah jadi rojak anak saya! Sekali keluar muka Arab-Arab, wah berangan! Tak kisah lah yang penting anak tu sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. Amin...^_^



Misya : Dah kahwin, soalan cepumas terbaru "Dah ada isi belum?".

Wednesday, April 9, 2014

Jantina berubah kerana air?!

Salam.. Erk! Ikan jadi pondan?? Haiyaa lepas ni siapa nak tukar jantina tak perlu ke Thailand lagi dah. Minum je air tercemar banyak-banyak. Ahakss.. Realiti kini kita meminum bukan sahaja air sakit tetapi air mayat! Tak percaya? Baca SINI. Anda mungkin tak kisah sebab anda lelaki dan wanita sejati. Tapi esok lusa anda bakal menimang cahaya mata. If dari sekarang anda tak ambil peduli kesihatan diri, how come anda nak makesure anak-anak nanti sihat walafiat dan normal sifatnya? Fikir-fikirkan...:)

Klik untuk berita penuh



Penyelesaiannya ada di SINI. 



Misya : Bersyukur diciptakan sebagai wanita.

Segmen : blogwalking bersama cikgu ayu

Salam semua. Jom pagi-pagi ni kita join segmen berikut... Klik je banner..


Misya : Nak buat segmen juga.

Tuesday, April 8, 2014

Lagi 3 produk pelangsingan sah beracun!

Salam.. Haa para wanita dan lelaki di luar sana yang ghairah mahu menguruskan badan dengan cara pantas dan mudah, make sure anda jangan ambil jalan pintas amalkan 3 produk pelangsing yang diumumkan dalam paper Berita Harian hari ini. Apakah 3 produk tersebut?



Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.

Sebelum ini saya sendiri pernah berkongsi tentang bahaya salah satu produk di atas iaitu Figure-Up dalam entri INI. If ada sesiapa yang masih amalkan diharap berhati-hatilah. Ini kerana menurut Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal. MasyaAllah... Takutnya!

Cerita selanjutnya klik SINI.

Before beli sesuatu produk, semak dulu produk tersebut selamat atau tidak. Bukan main redah beli sebab harga murah. Beli 10 botol RM20.00! (contoh) Terpedaya dengan harga murah, terus beli sebab nak kesan cepat dengan harga yang murah tanpa ada apa-apa jaminan kualiti dan keselamatan. Bahaya okeysss!

Bukan nak promote produk tapi so far anda boleh try amalkan Sensualit from Elken. Terbukti dari segi keberkesanan melalui kajian-kajian saintifik yang diperakui dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Yang penting Halalan Toyyiban... Nak tahu sensualite tu apa? Boleh baca SINI.


Misya : Benda murah tapi bahaya lagi ramai orang beli. 

The Manhattan Fish Market.. Boleh tahan!

Salam.. Haaaa sekarang lunch time betul tak? Tapi still takde idea nak makan apa? So, saya share dengan anda salah satu tempat makan yang boleh tahan rasa dan menunya.. Iaitu The Manhattan Fish Market.. Last month one of my biz partner ajak teman sharing bisnes kat tempat ni. So dia belanja lah saya makan kat sini. 1st time lah ni nak merasa makanan apa yang best kat sini. Selalu nampak tapi tak pernah singgah makan pun sebab ingatkan menu nya ikan semata-mata. Oh silap! Huhu...

Disebabkan saya ni jenis sukar membuat pilihan bila dah rambang mata maka saya pilih jela spagetti apa entah nama dia. Huhu.. Rasa sekali memang nak rasa berkali-kali! Tak mengecewakan and very delicious.......

Mushroom soup! Yummy... Sedap! Time panas-panas memang best...

Disertakan salad sebagai sideline... 

Minuman ringan....Sedap gak rasanya. Ala-ala lemon plus orange.

So, kalau uols takde idea nak makan apa maybe bolehlah try this restaurant. Walaupun harganya agak mahal banding restoran lain, but ada kepelbagaian menu lagi. Tak rugi if nak try dan datang lagi.:)


Misya : Tak suka sushi.

Hebatnya Record Breaker Victory MCCM HadieJosie!!!

Salam semua.. Erm dah lama betul saya nak tulis entry ni tapi tak tertulis-tulis. Maha busy yang amat! huhu.. Kali ni nak story tentang event gilang-gemilang dari Elken meraikan senior leader saya yang disayangi dan dikagumi oleh seantero Elkenian iaitu jutawan MCCM Abg Hadie dan Kak Josie! Mereka berdua ni adalah pemecah rekod di Elken di mana pasaran Melayu Elken meletup-letup kerana mereka mengeluarkan 2 orang jutawan terpantas income RM1juta dalam masa 2 tahun sahaja! Sebab tu event ini dipanggil Record Breaker Victory...!

Bertuahnya diri ini sebab dapat berada di bawah empayar MCCM HadieJosie. Sebab mereka berdua sangat-sangat humble walaupun income RM100k sebulan! Ibarat kakak sendiri dah rasa.. I'm ready for RBV time!!!!

Inilah mereka.. Jutawan Melayu yang sangat disanjungi dalam Elken.. Bekas pegawai bank kini sudah hampir 10 tahun full time di Elken!

Itu mereka... On stage... Nak tahu kat mana event ni? Di Palace of Golden Horses.. Segenap dewan dipenuhi warga Elkenian dari Brunei, Singapore, Indonesia dan lain-lain.. Mahu borrow power kehebatan Hadie Josie dalam melakukan bisnes Elken.

Perkongsian yang sungguh luar biasa dari mereka menyentuh perasaan setiap Elkenian yang hadir. Tiada jalan pintas mahu berjaya. Perlu melalui pelbagai kepayahan, keperitan dan kesukaran dan di penghujungnya pasti ada kemanisannya.


Sebelum ke Palace of Golden Horses, mereka diarak dari Wisma Elken menaiki kereta-kereta mewah.. Semua itu adalah rangkaian HadieJosie. Punyalah ramai leader-leader hebat telah dilahirkan.

Hadiah dari saya dan suami untuk Kak Josie dan Abg Hadie yang disayangi... Mereka pemimpin yang sangat hebat! Kalau mereka 10 tahun boleh bertahan dan berjaya di Elken, kenapa kita baru setahun jagung di Elken nak mengalah rite?:)

Hasil pemberian rakan-rakan dan rangkaian Hadie Josie maka terhasillah bebola gergasi gabungan jambangan bunga kat belakang saya tu!

Saya bersama leader tersayang CCM Enaboy dan rangkaian saya.. Kak Zai, Kak Munira & Kak Analulu..

Pemecah rekod di Elken! Anda mahu juga diraikan sebegini? Tiada yang mustahil di Elken..

Koleksi beg-beg tangan berjenama mewah dari rangkaian HadiJosie. Ada yang mencecah RM18000 untuk 1 beg! Perghhhhhhhhhhh..................!


My dream bag? Salah satunya LV... Just wait and see...;)



Telah memiliki sebuah BMW dan superbike Ducatti bernilai ratusan ribu RM! Dengan Car Fund Elken, anda boleh milik apa saja kenderaan impian anda. Hebatnya mereka.. Tapi 1 je yang best, mereka tidak pernah menunjuk-nunjuk. Tapi income tetap masyuk... Itulah kehebatan bisnes Elken. Ibarat padi, makin berisi makin tunduk..=)

House Fund maximum RM6000 sebulan selama 20 tahun.. Elken tanggung bayarkan rumah anda! HadiJosie sendiri memilik kediaman mewah RM1juta lebih!

One of the millionnaire under MCCM HadieJosie.. 25 bulan di Elken sudah bergelar jutawan. MCCM Ismail Kassim, my senior leader yang disayangi.

Jutawan Masni Baba... Dulu pegawai bank kini bergelar jutawan Elken!

Forum bersama-sama jutawan-jutawan di bawah rangkaian Hadie Josie... Hebat-hebatnya mereka.. InsyaAllah one day i will become like them. Doakan ya!=)


Wow! My upline pun diraikan! Bangganya saya...^^

With Mummy Coddy... The very gorgeous woman! Isteri kepada jutawan MCCM Ismail Kassim..

With Kak Ena!=)

Bersama-sama Kak Zai dan sideline... Posing dulu before naik stage nak bagi bunga kat HadiJosie..

Cer cari mana saya?;)) If anda memiliki networking seramai ini, best tak? Anda duk goyang kaki pun income tetap masyuk.. Tapi tidak di Elken! Tiada leader duk goyang kaki bila dah berjaya. Mereka lagi bertambah-tambah rajin menurunkan segala ilmu dan tenaga mereka untuk melihat kita berjaya.. Kat tempat kerja, bos kita pun tak camni tau... Ahakssss....

Siapakah yang akan memecahkan rekod mereka?? Tunggu... Tiada yang mustahil di Elken!=)


Jumpa anda di puncak kejayaan!


Misya: Gor for success, money will come..

Friday, April 4, 2014

Cantiknya isteri pelakon Rosyam Nor...

Salam semua.. Siapa tak kenal Rosyam Nor kan? Hero Malaya yang dah membintangi pelbagai filem hebat seperti KL Menjerit, Suami Isteri dan dot dot, Gangster dan sebagainya. Namun Rosyam Nor jarang mendedahkan kisah peribadi keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya. Tapi memang ramai yang cakap isteri beliau seorang yang sangat cantik... Melalui SINI, yes memang betul sangat cantik orangnya isteri kepada pelakon hebat Malaysia ini..



She is really beautiful right? Suka tengok.. Sejuk mata memandang.. Kelihatan gambar-gambar ni seperti diambil semasa Hari Raya... Semoga Rosyam Nor sentiasa berbahagia bersama-sama family beliau..:)



Misya : Kecantikan wanita hanya untuk suami.

Featured in Elken Club Magazine as ESM and DCM...

Salam semua... Ada sesiapa pernah dapat majalah Elken Club edisi Februari 2014 tak? Cover nya adalah senior upline saya sendiri iaitu jutawan MCCM Kak Arissa dan Abang Shahrul. Para Elkenian for sure dapat magazine ni rite? Huhu... Dah lama saya nak tulis entry tapi asyik terlupa. Tetiba pagi Jumaat ni teringat lah pula. Hehe.. 

Apa yang menarik dalam magazine ni adalah wajah saya dan hubby muncul sebagai salah seorang pencapai status ESM (Emerald System Member) dan DCM (Diamond System Member)! Tak sangka akhirnya keluar juga gambar kami dalam Elken Club magazine yang digunakan oleh seluruh warga Elkenian..^_^ 


Walaupun my husband bukan fighter dalam Elken tapi beliau sangat supportive. Tak pernah halang saya melakukan biz Elken sebab beliau nampak Elken satu company yang sangat kukuh dengan budaya dan sistem pendidikan yang sangat berbeza berbanding company lain. Dan yang paling best beliau kata "Orang Elken ni baik-baik. Dah macam family yang sentiasa bekerjasama dan saling menghormati dalam segala jua perkara"....T__T 




Saya tidaklah sehebat mana dalam bisnes Elken tapi peluang perniagaan yang sungguh luar biasa dan menakjubkan yang diberikan oleh Elken tidak saya sia-siakan. Saya ada mentor, ada produk, ada syarikat, ada kemudahan-kemudahan lain, ada latihan dan kursus dan yang paling best modal untuk meniaga pun disediakan! Hanya follow dan buat gila-gila! Mengajar saya menjadi seorang leader yang baik dan berjaya dala, segala segi. Cepat atau lambat bukan penentu kejayaan di Elken tapi sejauh mana anda boleh bertahan di Elken. 

Special thanks to my hubby, family and friends.. Also i would to thankful to my all my leaders... Especially bakal jutawan CCM EnaBoy dan jutawan MCCM MaelCoddy... Love them so much!=)


Misya : Lead by example...


Thursday, April 3, 2014

Jep Sepahtu maki peminat "Bodoh"???

Salam semua.. Wah dengar cerita Juara Maharajalawak Mega 2013, Jep dari kumpulan Sepahtu maki peminat! Is it true? Wallahualam.. Tapi mengikut apa yang dilaporkan oleh Mizz Lahar dari akhbar Kosmo!, terdapat peminat Jep Sepahtu mengirimkan emel kepada beliau tentang perbuatan Jep Sepahtu tersebut...


BARU-BARU ini Mizz Lahar menerima satu kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat.
Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.
Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi, “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”
Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.
Sebenarnya Mizz Lahar agak terkejut kerana sepanjang mengenali Jep, dia bukanlah jenis individu yang mudah memaki peminat. Bagaimanapun, menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.
Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah dengan apa yang Mizz Lahar paparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.
Sumber: SINI


Saya sendiri tak percaya akan perkara ni walaupun saya tak pernah bertemu 4 mata dengan Jep Sepahtu ni. Apa-apa pun diharap Jep tampil memperjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya. If betul Jep melakukannya, maybe hanya kata maaf mungkin dapat meredakan kekecewaan peminat tersebut. Mana tahu maybe Jep tak sengaja atau ada benda lain yang mengganggu fikiran Jep sehingga terkeluar perkataan 'bodoh' tersebut..


Misya : Ramai manusia berpelajaran tinggi tapi masih melakukan tindakan yang bodoh.

Berjalan di tanah gersang

Wal padang pasirun, tompok-tompok tahi unta? Bukan tentang tahi unta, tapi tentang sebuah perjalanan di padang pasir yang sangat luas.. Bera...