Salam. Di suatu hari, terkejut saya bila Daddy Erina wasap bagitahu babyE dapat surat daripada bank! Haha.. Terkejut, suspen tapi kelakar pun ada. Kecik-kecik dah dapat surat daripada bank. Surat warning plak tu! hihihih..
Dasyat kan budak-budak sekarang kecik-kecik dah dapat surat bank. Hahaha actually surat ni just reminder je supaya aktifkan akaun simpanan babyE. Sebab dah lama takde aktiviti transaksi akaun bank babyE. So bank bagi reminder la supaya akaun babyE tu tak dinyahaktifkan. Yela, mommy nya pun busy sangat sampai terlupa nak masukkan duit dalam akaun babyE. Since habis pantang last year, saya terus bukakan akaun bank untuk babyE selain akaun Tabung Haji. Senang nak simpan duit yang babyE dapat hasil hadiah, duit raya dan sedekah orang yang dia dapat. Alhamdulillah rezeki babyE..
Dalam wasap saya and husband pun membahan ler babyE.. Geli hati sungguh. Yela, seorang bayi kecil yang tak tahu pape tetiba dapat surat warning dari bank, tak kelakar ke? huhu.. Entah bila masa dia gi berurusan dengan bank agaknya. Hahaha.. Macam-macam hal anakku sorang ni.
Misya : Lega bila ada loan dah settle bayar.