Salam. Eh eh eh terlajak larisss.............! Ahaks... Pandang je wajah Dato' Aliff Shukri, mesti teringat tagline D'Herbs tu kan? Baru-baru ni saya ke casting untuk modelling job untuk D'Herbs di Damansara. Excited juga nak gi casting ni sebab belum pernah lagi ke HQ produk ternama ni. Saja timba pengalaman casting.
Sampai je depan bangunan HQ D'Herbs, haruslah selfie dulu. Hehe.. Tak dapat jumpa Dato' Aliff pun takpela. Dapat snap dengan gambar pun jadilah yer..
Melangkah masuk je bangunan D'Herbs ni, wow rasa mewah dan eksklusif sangat tempat ni. Sesuailah dengan citarasa seorang yang bergelar jutawan.
Sementara tunggu giliran sempatlah posing selfie-selfie sat amik mood.
Kejap je castingnya. Saya kena berlakon sketsa pendek dan jawab soalan-soalan berkaitan modelling. Dato' Aliff nya takde pun masa casting. Hanya krew-krew beliau sahaja yang jalankan casting. Oklah at least ada experience casting. Ada rezeki dapat job dengan D'Herbs siapa tahu rite?
Ok nak balik dah.. Moga D'Herbs terus maju jaya. Jarang dapat jumpa jutawan Melayu yang berjaya kat Malaysia ni. Dapat jejak kaki ke bangunannya pun jadilah. hehe
Misya : Masih amalkan produk yang sama.