Salam semua. Haaa ramai betul yang pm/wasap/sms saya tanya tentang bidang modelling. Kesian pula bila ada yang tanya saya takde buat kelas ke? Yang paling kesian minat sangat nak jadi model tapi tiada ilmu dan tak tau camne nak bermula. Tak sangka ada juga yang sudi untuk saya curahkan ilmu dan pengalaman dalam bidang ni which saya rasa saya masih baru lagi sebenarnya. Sebagai penghargaan, jom join Modelling Class khas untuk bakal-bakal model Muslimah mahupun para gadis dan wanita yang ingin upgrade keyakinan diri yang bakal diadakan pada 24 Disember 2016 bertempat di Bandar Sri Putra, Bangi.
Why must join??
1. Becos this is my 1st class which collaborate with Liarafei.co salah sebuah training agency yang bekerjasama dengan Serina Redzuan Production House. So, peluang untuk anda diambil berlakon ada di sini!!
2. Diskaun lebih 15% yuran kelas jika mendaftar awal.
3. Kelas terakhir untuk tahun 2016 dengan yuran yang sangat berpatutan. Sebab tahun 2017 yuran akan naik!
4. FREE PHOTOSHOOT SESSION & COMPCARD!!!
5. Pengisian 10 in 1 termasuk basic catwalk, motivation, posing Muslimah style & etc!
Jangan tunggu lama-lama! Daftar segera kerana tempat sangat-sangat terhad!!!
Untuk details lebih lanjut sila wasap 016-9561764.
1st come 1st serve!
Misya : Nak ilmu kena invest.
Monday, November 28, 2016
Nak Jadi Model Muslimah? Lets Join Us!!
Wednesday, November 9, 2016
Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel
Salam. Oh my.. Saya memang pengumpul magnet fridge!!! Please saya nak 1 dari Shanghai pula. hehe. Nak jugak? Jom join segmen ni dengan klik banner berikut
Tag :
Misya: Penuhkan pintu peti ais.
Tuesday, November 8, 2016
I'm 1st winner contest by Penselduabee.com!!
Salam. Hoyeahhh lamanya tak dapat hadiah.. Hehe.. Hasil join beberapa contest dan goveaway, tersangkut jua akhirnya di contest INI. Alhamdulillah rezeki menang contest by Penselduabee.com, saya menang beg comel berikut :
Apa, tak caya saya menang? Ahha cer tengok announcement oleh penganjur contest memang link blog saya terpapar okeys.. Hehee over plaks! Ampun...
By the way tq so much to penganjur sudi pilih saya sebagai pemenang. Kira tangan penganjur bertuah la bila klik kat Mr. Random tu, nombor saya naik as one of the winner. 1st winner pula tu! Feel very lucky.. Haha nampak sangat saya ni memang orang yang tak berapa bertuah. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Bolehlah gunakan untuk isi barang-barang mekap dan aksesori favourite saya. :)
Misya : Mula kumpul alat solek terkini.
Thursday, November 3, 2016
Bahaya semut Charlie!!!
Salam. Sekarang ni banyak terdengar kes diserang semut charlie di kawasan-kawasan perumahan. Semut Charlie ni sangat berbahaya rupanya. So please alert jika terdapat kehadiran makhluk ini di tempat anda.
Jika ia hinggap di badan kita alirkan dengan air paip. Jangan dibunuh atas badan kerana toksik semut charlie mampu mengakibatkan penyakit kulit. Antara kes yang dilaporkan telah berlaku di area Ampang.. Pesan anak-anak anda supaya elakkan dari bermain dengan semut ini..
Tips ringkas jika semut ada di tempat anda.
- Spray racun atau ubat serangga di sekeliling rumah
- Di waktu malam elakkan dari menggunakan lampu
- Jika terkena gigitan atau cairannya cepat-cepat basuh tempat gigit tersebut dengan air paip sebanyak yang boleh dan dapatkan rawatan doktor
- Kalau nak kurangkan bisa gigitan semut charlie ni boleh gunakan minyak gamat.
#semutcharlie
Misya : Takut lipas.
Doa Hari Khamis
Salam. Di pagi Khamis yang indah ini mari saya kongsikan doa yang boleh diamalkan setiap hari Khamis bagi memohon keberkatan sepanjang hari. InsyaAllah..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ, غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على محمداشرف المرسلين و على اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Malikal Mulk…ingin kami memanjatkan syukur Alhamdulillah kami kepada Mu pada hari Khamis ini kerana masih diberi peluang utk berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kami kepadaMu. Tanamkanlah keazaman yang kuat untuk kami mencapai tujuan itu. Hindarkanlah kami drpd terpengaruh dengan hal-hal keduniaan yang melemahkan kami untuk mendekatkan diri denganMu Ya Allah.
Ya Fattahu Ya Alim...
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang, Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman, berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Ghaffar..... kami memohon keampunan ke atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak-anak dan pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami, guru-guru dan ustaz kami, sahabat-sahabat kami dann sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana jua mereka berada.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.
Mari Berzikir:
Misya : Zikir penyuci jiwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tune Hotel KLIA2 || My Review
Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...
-
Salam semua.. Sempena Birthday aku yang ke-25 tahun baru-baru ni (10 Sept), aku rasa aku nak buat satu bloglist khas untuk mereka-mereka ya...
-
Salam semua. Diam tak diam rupa-rupanya tahun 2020 ni adalah tahun ke 10 sis bergelar seorang blogger (sambilan). So, sebagai tanda sis meng...