Salam. Perghh sampai Part 8 dah! Huhu dah sampai last part pun. Hehe.. Yang belum baca part sebelum ni boleh baca
Part 7 dulu ya! Jadi before fly balik KL, kami dibawa singgah ke Monumen Nasional Indonesia atau lebih dikenali sebagai MONAS. Ni kira kali kedua saya jejak kaki ke sini. Tempat ni merupakan mercu tanda negara Indonesia seperti mana tugu negara di Malaysia. Kira tempat untuk menghargai para pejuang Indonesia mempertahankan negara dorang. Lets zoom!
Perjalanan diteruskan dari Bandung Ke Jakarta.
Singgah sebentar di R&R...
Antara tugu yang dipamerkan di sini.
If nak masuk dalam Monas ni pun boleh tapi sebab masa suntuk maka kami hanya berjalan di sekitarnya sahaja.
Eh eh eh... Nasib bek tak tumbang Monas tu! Huhu..
Amboi adik saya ni bukan main posing!
Posing dengan banner travel agent kami di sana. Servis dorang memang superb!
Dah puas berjalan... Ok lets go for lunch! Special hari terakhir maka kami request nak makan masakan Padang. Kalau dah darah minang tu, minang juga kan! Huhu. Kali kami ke restoran Masakan Padang Sederhana. Nampak sederhana tapi tempatnya agak best juga.
My cinta hati saya, ibu dan ayah...
Sian adik saya hari terakhir dia demam selesema. Demam terkejut agaknya. Huhu..
Haaa seperti biasa macam-macam lauk akan dihidangkan. Pilih yang mana nak makan sahaja ok.
Restoran ni betul-betul berhadapan shopping mall terbesar di Jakarta iaitu Manga Dua.
Tuu dia Manga Dua..
Masing-masing dah keletihan maka kami tak singgah ke Manga Dua. Nanti leka shopping terlepas flight pula. hehe.
Sibuk betul bandaraya Jakarta ni. Semakin membangun.
Dah bertahun-tahun saya tak datang sini, banyak juga perubahan di sekitar bandar Jakarta ni dapat dilihat. Bangunan tinggi-tinggi sudah banyak dibina. Hope Indonesia terus maju.
Ok tiba masa pulang ke tanahair...
Ready to check-in.
Menanti flight tiba..
Sambil menunggu flight, singgah minum dulu. Kebetulan saya beli manisan dari Amanda ni boleh terus makan!
Makanan kami dalam flight. Nasi beriani ayam merah, sedap!
KLM flight superb! Selamat kembali ke Malaysia.... Walau hujan emas di negeri orang, tetap baik di negeri sendiri. Bye bye Indonesia...!
InsyaAllah ada rezeki dan jodoh pasti ke sini lagi. Syukur impian saya untuk bawa my family bercuti ke luar negara tercapai. Walaupun sekadar negara seberang tapi dengan rezeki yang ada dapat juga impian saya direalisasikan. If anda ada impian, kejarlah ia. Usaha, doa dan tawakal pasti capai 1 hari nanti. Jangan tangguhkan usaha nak capai impian anda sebab ibu ayah kita sampai bila nak menanti lagi. I love my family so much! TQ Allah...^_^
Misya : Ibu ayah tiada galang gantinya.